GAE-2100RC-1A - jam tangan G-Shock bertemakan kiub rubik, harga RM729

oleh Mohamad Hanif|
Untuk para peminat jam tangan G-Shock yang inginkan kelainan, Casio Malaysia baru-baru ini membawakan produk baharu bertemakan kiub rubik, iaitu GAE-2100RC-1A.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan muka jam tangan ini menampilkan tiga sisi permainan kotak rubik iaitu biru, merah dan kuning, sementara struktur bezel pula boleh ditukar ganti dengan mudah mengikut kehendak pemakai.
 

kiub rubik


Bahagian penutup belakang jam pula diperbuat daripada keluli dan mendapat ukiran logo G-Shock serta Rubik, diikuti dengan logo Rubik pada bahagian tali jam.

Menggunakan asas daripada model GAE-2100, jam tangan ini didatangkan dengan ciri seperti kalis hentakan, ketahanan dalam air sehingga 200 meter, gandingan jam analog dan digital, lampu LED berkembar, serta sokongan sehingga 31 zon masa disediakan.
 

kiub rubik


Untuk pasaran Malaysia, G-Shock Kiub Rubik ini dijual pada harga RM729 sahaja.

Sumber: Casio Malaysia

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…