GABRA TIADA LESEN LELAKI REMPUH PENUNGGANG WANITA

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEORANG lelaki ditahan polis selepas memandu secara melulu hingga mengakibatkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain dalam cubaan melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kuala Kangsar Manong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner (ACP) Omar Bakhtiar Yaacob berkata, suspek berusia 37 tahun yang memandu tanpa lesen serta cukai jalan tamat tempoh berjaya ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira dua kilometer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, suspek yang memandu Proton Saga Iswara dari arah Manong menghala Kuala Kangsar berhenti di bahu jalan berdekatan SJR berdekatan simpang kawasan perumahan Highland Park bagi mengelak pemeriksaan oleh anggota polis.

“Suspek kemudian bertindak memecut masuk ke kawasan perumahan itu sewaktu polis cuba menghampirinya. Beberapa kereta peronda polis bergegas mengejarnya sebelum kereta yang dipandu merempuh sebuah motosikal ditunggang seorang wanita. 

pesalah dalam bulatan sedang mengundurkan kereta

“Sesudah merempuh motosikal itu, suspek masih enggan menghentikan keretanya, menyebabkan usaha mengejarnya terus dilakukan. Bahkan dalam cubaannya meloloskan diri, suspek turut bertindak melanggar bahagian belakang satu daripada kereta peroda polis yang memotong laluannya” katanya.

Menurut ACP Omar Bakhtiar, sejurus melanggar kereta peronda polis, suspek mengundurkan kereta dan cuba merempuh sebuah lagi kereta peronda yang berada di belakangnya namun sempat dielak menyebabkan kereta suspek terbabas ke sebelah kanan jalan. 

Katanya, suspek bagaimana pun terus bertindak memecut kenderaannya hingga dia akhirnya berjaya ditangkap di Kampung Sungai Siput Hulu berdekatan kawasan perumahan Chandan Putri, Kuala Kangsar.

pesalah akhirnya berjaya diberkas

 

“Pemeriksaan ke atas suspek yang berasal dari Sungai Siput dan merupakan seorang peniaga secara kecil-kecilan itu mendapati dia tidak ada bahan salah di dalam kereta yang dipandunya. Saringan air kencing juga mendapati suspek bebas dari pengaruh dadah. 

“Bagaimanapun siasatan awal mendapati suspek tiada lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh. Semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekdo tangkapan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, selain lapan saman atas pelbagai kesalahan,” katanya. 

Menurut beliau, penunggang motosikal berumur 25 tahun yang dilanggar suspek patah pergelangan tangan kanan dan luka kecil di badan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


Artikel oleh Hamimah Hamid/Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dalam operasi pada sebelah pagi semalam (Selasa) sahaja, kita berjaya menahan 23 warga asing…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…