Formulasi Shell V-Power Racing kini dinaiktaraf

oleh Firdaus Razani|
Shell Malaysia memperkenalkan kempen pemasaran terbaru untuk bahan api terbaiknya, Shell V-Power, yang kini 100 peratus membersih bahagian enjin kritikal bagi meningkatkan prestasi enjin anda, setiap kali isian, pemanduan demi pemanduan.

Dengan pengalaman lebih seabad dalam inovasi bahan api, formulasi terkini Shell V-Power Racing tampil dengan prestasi dan kecekapan yang tiada tandingan untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan.

 

sf

 

Pengurus Besar, Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming, berkata “Shell V-Power Racing kami direka melangkaui bahan api konvensional untuk memaksimumkan prestasi enjin dan memanjangkan keseronokan pemanduan di atas jalan raya dengan setiap isian,”

Dengan saiz yang lebih kecil, enjin moden kini cenderung mendedahkan bahan api kepada keadaan operasi yang lebih sukar di mana kotoran boleh terkumpul.” katanya.

Shell V-Power Racing direka untuk berfungsi dengan lebih berkesan dalam keadaan seperti ini.

 

sf

 

Selain daripada membersihkan 100 peratus bahagian kritkal enjin, ia turut memperbaharui sehingga 100 peratus prestasi enjin untuk terus beroperasi seperti baharu.

Shell V-Power Racing merupakan komitmen Shell terhadap rangkaian jenama bahan api dan pengalaman runcitnya yang semakin berkembang pesat, menawarkan pengalaman terbaik untuk setiap pelanggan.

Shell V-Power Racing kini:

• Memberi 3.93% lebih kuasa, 3.69% pecutan lebih cepat

• Memperbaharui sehingga 100% prestasi enjin anda, dan merupakan

• Satu-satunya bahan api yang digunakan, disyorkan dan dipercayai oleh Scuderia Ferrari

 

Berucap di Festival FOCM 2024 anjuran Kelab Pemilik Kereta Ferrari Malaysia pada 18 Mei 2024, Lee Ming berkata, “Menerusi kerjasama kami bersama Scuderia Ferrari dalam keadaan ekstrem di litar lumba, kami memanfaatkan usahasama ini dengan mengaplikasikan kepada bahan api yang ditawarkan kepada pelanggan di jalan raya.”

Dikuasakan oleh Shell V-Power Racing, Festival FOCM 2024 merupakan perhimpunan Ferrari terbesar di Malaysia menghimpunkan sebanyak 297 kereta Ferrari untuk bersama-sama meraikan warisan sejarah enjin paling berprestij di dunia.

 

sf

 

Singgah di stesen Shell berhampiran dengan anda dan tekan Shell App untuk menikmati lebih banyak faedah dan mata ganjaran di sepanjang perjalanan. Lebih banyak anda mengisi, lebih banyak faedah yang anda peroleh.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi penawaran ini, rakyat Malaysia boleh mendapat nilai tambahan setiap kali membuat pengisian…