Shell Malaysia tawar 4x mata ganjaran Bonuslink sehingga 31 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang musim perayaan Aidilfitri, Shell Malaysia melanjutkan lagi promosi program kesetiaan pelanggan BonusLink "Extra Ganjaran Setiap Hari" dengan menawarkan sehingga empat kali mata ganjaran sehingga 31 Julai 2021.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Menerusi penawaran ini, rakyat Malaysia boleh mendapat nilai tambahan setiap kali membuat pengisian bahan api di stesen minyak Shell.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya meleretkan kad BonusLink atau menggunakan aplikasi BLINK di mana-mana stesen minyak Shell dengan pembelian minium sebanyak RM50 bahan api Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97, atau Shell V-Power Racing dalam satu resit tunggal.

Malah, pelanggan juga boleh menggandakan mata ganjaran sehingga empat kali setiap kali pengisian kedua, ketiga atau kali keempat dilakukan dalam masa sebulan.

Gandaan ganjaran tersebut hanya terpakai di dalam bulan yang sama dan akan ditetapkan semula pada 1hb setiap bulan sehingga 31 Julai 2021.

Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "Di dalam semangat Hari Raya Aidilfitri, kami ingin memberikan ganjaran ekstra kepada para pelanggan kami menerusi lanjutan promosi kesetiaan BonusLink supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati poin tambahan dan menebus hadiah istimewa daripada Shell.

Pelanggan juga boleh menebus hadiah istimewa dari kedai Shell SELECT dengan hanya serenda 100 poin seperti tin minuman Yeo's, Coca-Cola Klasik, Nescafe Tarik, Himalaya Salt Candy dan keropok ikan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini merupakan satu langkah penting dalam memperluaskan infrastruktur EV, melengkapkan rangkaian…
Berita Domestik
Sebagai salah satu program ganjaran dan loyalty terunggul di Malaysia dengan lebih 14.9 juta ahli,…
Tekno Careta
Dengan pengalaman lebih seabad dalam inovasi bahan api, formulasi terkini Shell V-Power Racing…