Ford tambah lagi Mustang Bullitt, tempah hari ini tahun depan dapat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekarang adalah musim Ford Mustang buat penggemar kereta sport. Model ikonik tersebut senang dijumpai di atas jalan atau garis masa media sosial sama seperti Nissan GT-R sebelum ini.

Mustang tidak murah iaitu sekitar RM300,000 untuk model import terpakai manakala cukai jalan bagi enjin 5.0 liter bukan boleh dibawa bergurau. 

Untuk penggemar Mustang tetapi tidak mahu sama dengan yang lain Ford telah melancarkan edisi istimewa Bullitt pada tahun 2018. 

Masalahnya ialah model tersebut habis terjual di dalam masa singkat sahaja. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford Mustang Bullitt

 

Menyedari populariti Mustang Bullitt, Ford telah membuat keputusan untuk menyambung produksi dan kali ini untuk penghantaran tahun depan.

Mustang Bullitt bukan setakat istimewa ditepek dengan grafik atau warna khas sahaja, enjin 5.0 liter V8 menggunakan sistem kemasukan udara terbuka, manifold kemasukan (intake manifold), throttle body 87 mm dan kalibrasi modul kawalan nadi kuasa daripada model Shelby Mustang GT350.

Kuasa Mustang Bullitt ialah 459 PS dengan tork 526 Nm yang lebih tinggi berbanding Mustang biasa. Transmisi manual enam kelajuan dibekalkan fungsi rev-match untuk penukaran lebih lancar.

 

Ford Mustang Bullitt

 

Model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Shadow Black atau classic Dark Highland Green dan roda 19 inci Torq Thrust, angkup brek Brembo™ berwarna merah dan penutup tangki minyak dengan logo Bullitt.

Bahagian dalaman dilengkapi paparan digital LCD 12 inci, kerusi Recaro dan sulaman mengikut warna kereta. Plak khas dengan nombor siri dilekapkan pada papan pemuka sebelah penumpang.

Sistem audio yang dibekalkan hebat iaitu daripada B&O PLAY dengan 1000 watt melalui 12 pembesar suara prestasi tinggi.

 

Ford Mustang Bullitt

 

Pelanggan di United Kingdom boleh memiliki Mustang Bullitt pada harga £48,210 (RM253,747) dan penghantaran akan bermula pada awal tahun depan.

Kepada yang berminat dengan edisi ini caranya ialah memesan daripada pengimport bebas atau menunggu ia dibawa masuk atau ditawarkan sendiri oleh Ford Malaysia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*£1.00 = RM5.26

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…