Ford Ranger Raptor hadir ke Malaysia lewat bulan ini!

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar tunggal kenderaan jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connextion (SDAC) mengumumkan kemasukan trak pikap yang paling dinantikan umum, iaitu Ford Ranger Raptor pada penghujung bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran ini sekaligus diikuti dengan pelancaran varian Ranger XL, XLT, versi Wildtrak serta varian XLT+ yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia.

Dengan tema 'Built Ford Tough' serta penawaran yang meluas, Ford Ranger kini bukan sekadar sebuah trak pikap untuk kegunaan off-road dan permukaan jalan yang pelbagai. 
 


Ford kini mahukan Ranger sebagai sebuah trak pikap yang lebih versatil, lebih mewah, mampu memenuhi setiap citarasa dan keperluan gaya hidup masyarakat moden yang tidak tertakluk kepada hutan rimba, malah hutan batu konkrit(bandar).

Untuk itu, Ford Ranger baharu kini dilengkapi dengan inovasi terkini serta bersedia untuk menghadapi cabaran dunia dengan pelbagai ciri yang pertama kali diperkenalkan di dalam kelasnya. 

Di Malaysia, terdapat peningkatan bilangan pemilikan trak pikap Ranger di atas jalan raya, terima kasih kepada teknologi pintar yang tersedia untuk setiap varian Ranger tanpa berkompromi terhadap isu keselamatan dan juga keupayaan off-road, menjadikan Ranger lebih pintar, teguh dan berkuasa. 
 


Nantikan info lanjut daripada kami khusus buat para peminat Ranger Raptor bersempena dengan pelancaran yang dijangka bakal berlangsung pada hujung bulan ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berbilang bahasa di www.sdacford.com.my

 

Baca: Pandu Uji Ranger Raptor di Darwin, Australia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…