Standard model ujian, Ranger Raptor ini masih lagi sarat dengan pelekat samaran, namun lengkap dengan penjenamaan Raptor seperti yang terdapat pada bahagian belakang, serta tagar #PushingTheLimit pada bahagian sisi.

Selain daripada itu, ia dilihat membawakan elemen cladding plastik yang lebih lebar, namun tanpa kehadiran tempat pemijak sisi pada bahagian bed belakang seperti yang terdapat pada model Ranger standard.
Tiada sebarang butiran jelas didedahkan berhubung penawaran trenkuasa Ranger Raptor, namun berdasarkan teaser terdahulu, Ford mungkin akan menawarkan nadi V6 turbo berkembar pada model tersebut.

Dalam penawaran Ranger standard, terdapat beberapa pilihan diberikan kepada pengguna, iaitu enjin 2.0 liter dengan konfigurasi turbo tunggal atau bi-turbo, serta enjin diesel turbo V6 untuk penawaran yang lebih tinggi.
Ford Ranger Raptor dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada Februari 2022.