Anda mungkin sekali memerlukan sebuah Ford Mustang Shelby Super Snake Speedster yang hanya dihasilkan dalam 98 unit terhad ini.
Shelby American menawarkan Mustang Speedster ini bersempena dengan ulang tahun ke-98 pengasasnya, Carroll Shelby dengan enjin bentangan V8 Coyote 5.0 liter yang didatangkan dengan pengecas lampau Whipple, dan berupaya menghasilkan 825 kuasa kuda.
Pilihan transmisi pula boleh didapati dalam versi manual atau automatik, dan setiap pilihan transmisi akan menerima naiktaraf unik dari Shelby American untuk membantu menampung pertambahan kuasa yang disebutkan itu tadi.
Sistem pemberhentian Mustang Speedster ini terdiri daripada angkup hadapan enam omboh dan angkup belakang empat omboh.
Harga jualan untuk sebuah pakej naik taraf dari Mustang GT bermula dari $80,000 (RM328,600), namun jika anda mahukan sebuah pakej kereta penuh dari Shelby American, harga jualan bermula dari $135,785 (RM680,961).