Ford mahu terus kekal hasilkan Mustang bernadi V8 selama mungkin

oleh Mohamad Hanif|
Bagi kereta-kereta yang ikonik seperti Mustang, enjin V8 yang bertenaga merupakan sebahagian daripada identiti jenama tersebut, dan sebarang cubaan untuk mengubah hakikat tersebut mungkin akan memberikan kesan yang mendalam kepada peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini.

Disebabkan itu, Ford membuat keputusan untuk terus mengekalkan penawaran enjin pembakaran dalaman tersebut pada model Mustang, dan tidak merancang untuk menghentikannya dalam masa terdekat.
 

mustang


Menurut pengarah global Ford Performance Motorsport, Mark Rushbrook menjelaskan, Ford akan terus membina nadi V8 “selama mungkin yang kami mampu”, dan menambah buat masa ini tidak menetapkan tarikh penghujung bagi enjin 8 silinder itu.

Sementara itu, pengarah jenama global Mustang Jim Owen turut mengulang kenyataan yang sama, dan menambah Ford masih lagi mahu terus mengekalkan kewujudan enjin tersebut untuk model-model akan datang.

Salah satu kemungkinan yang dapat mengekalkan enjin pembakaran dalaman terus relevan ialah penggunaan bahan api sintetik (e-fuel).
 

m


Buat masa ini, terdapat beberapa pengeluar yang sudah mula menjalankan kajian terhadap e-fuel termasuklah Porsche, Stellantis dan juga Bentley.

Penggunaan bahan api sintetik ini dapat mengurangkan pelepasan emisi ke udara tanpa perlu pengubahsuaian yang besar terhadap struktur enjin pembakaran dalaman sedia ada.

Selain daripada itu, Ford juga turut berharap model Mustang akan terus kekal menjadi pilihan di kalangan anak muda, memandangkan model tersebut tidak lagi perlu bersaing dengan model seperti Chevrolet Camaro dan Dodge Challenger yang bakal ditamatkan produksinya pada penghujung tahun ini.

Sumber: CarSales, Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…
Berita Global
  Model terbaru yang boleh dibeli pasukan lumba ialah Ford Mustang GT3 yang diperkenalkan pada…