Ford Mustang Shelby GT500 dari Classic Recreations ini datang dengan badan gentian karbon!

oleh Mohamad Hanif|
Diet merupakan salah satu azam tahun baharu yang kerap kali didendang saban tahun dan ia bukanlah senang untuk dicapai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dengan semangat dan dedikasi yang berterusan (serta duit yang banyak), tidak mustahil sebuah kereta lama boleh mencapai azam tersebut.

Ini yang cuba diperlihatkan oleh Classic Recreations menerusi model Mustang klasik, Ford Mustang Shelby GT500 CR yang menampilkan badan yang diperbuat daripada bahan gentian karbon penuh!

 


Sebagai makluman, Classic Recreations merupakan satu-satunya pihak yang menerima lesen untuk menghasilkan kenderaan Shelby, dan untuk projek kali ini mereka bekerjasama dengan Speed Kore - pakar di dalam pembuatan badan gentian karbon.

Untuk menghasilkan rekaan yang sempurna, mereka mula melakukan proses pengimbasan terhadap jentera sebenar GT500 CR sebelum membangunkan badan gentian karbon menerusi CAD.

Acuan panel badan gentian karbon yang dihasilkan itu kemudian melalui proses autoclave-curing untuk memastikan tenunan gentian karbon itu adalah sekata dari panel ke panel yang lain.

 


Hasilnya? Sebuah jentera gentian karbon dengan berat kurang 272 kg berbanding model yang sama menggunakan bahan keluli!

Selain daripada pengurangan berat badan, GT500 gentian karbon ini juga datang dengan sistem suspensi Detroit Speed, JRI Coilovers, sistem suspensi quadralink, dan sistem brek berprestasi tinggi Wilwood.

Unit kuasa pula adalah enjin Coyote V8 5.2 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan yang berupaya menghasilkan 810 kuasa kuda memacu roda belakang.

 


Sementara ruang dalaman GT500 CR ini mendapat kemasan headliner Alcantara, sistem audio Kicker, sistem media Kenwood, tempat duduk balutan kulit ProCar dan barisan meter kustom berwarna merah.

Harga jualan untuk sebuah Shelby GT500CR ini bermula dari $265,000, dan $298,000 untuk versi Carbon Edition.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Digelar sebagai Ioniq 5 NPX1, jentera baharu itu menampilkan beberapa perubahan di bahagian luar,…
Berita Global
Versi terawal 911 ini dikuasakan oleh enjin boxer flat-six 2.0 liter yang mampu menghasilkan 128 hp…