Ford Mustang Mach 1 versi pemanduan kanan mendarat di UK, transmisi manual standard!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara tahunan Goodwood SpeedWeek, Ford telah mengesahkan pelan untuk membawa masuk Mustang Mach 1 versi pemanduan sebelah kanan ke pasaran UK, dan Eropah amnya.
Modenas

Menurut laporan daripada Auto Express UK, wakil syarikat Ford juga turut mengesahkan proses tempahan bagi Mustang Mach 1 itu akan dibuka seawal tahun 2021 manakala proses penghantaran pula menjelang musim bunga tahun yang sama.

Ford Mustang Mach 1 hadir dengan enjin 5.0 liter V8 yang menghasilkan 454 kuasa kuda, daya kilas 529 Nm @ 4,600 rpm, serta menampilkan beberapa komponen berprestasi tinggi yang dipinjam daripada Ford Mustang Shelby GT350.

 


Buat pertama kalinya, sistem transmisi manual enam nisbah kelajuan Tremec ditawarkan untuk Mustang di Eropah, manakala kotak gear automatik 10 nisbah kelajuan yang telah ditala semula ditawarkan sebagai opsyen kepada mereka yang sayangkan kaki kiri.

Tidak kira apa jua transmisi yang ditawarkan, Ford Mustang Mach 1 akan ditawarkan dengan ciri penyejukan tambahan pada gandar belakang, serta LSD sebagai ciri standard.

 


Setakat ini, tiada sebarang harga jualan didedahkan, serta unit yang bakal ditawarkan untuk pasaran tersebut.

Harus diingat, Ford masih lagi tidak mendedahkan angka produksi sebenar, memandangkan Ford Mustang Mach 1 ini diklasifikasikan sebagai model edisi terhad.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Mustang Mach 1 dihasilkan bertujuan untuk merapatkan jurang yang ditinggalkan antara Mustang GT dan…
Berita Global
Ford Mustang Mach 1 dibangunkan bagi merapatkan jurang yang ditinggalkan antara Ford Mustang GT dan…
Berita Global
Dan nampaknya, tempat tersebut bakal diisi apabila Ford sendiri mengesahkan kehadiran sebuah lagi…