Ford Mustang Mach 1 2021 - penuh dengan jajan Shelby GT350!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi Ford Mustang yang direka berorientasikan prestasi telah pun dilancarkan oleh Ford baru-baru ini, dan ianya dalam bentuk Ford Mustang Mach 1 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Mustang Mach 1 dibangunkan bagi merapatkan jurang yang ditinggalkan antara Ford Mustang GT dan model-model Shelby, dan untuk itu, Mustang Mach 1 perlukan nadi yang berkuasa.

Solusinya? Enjin bentangan V8 aspirasi natural bersesaran 5.0 liter yang menghasilkan 480 kuasa kuda, menyamai output yang dihamburkan oleh Ford Mustang Bullit (480 hp/569 Nm).

 


Sistem transmisi pula adalah daripada Tremec 3160 manual enam nisbah kelajuan daripada model GT350 dan buat kali pertama, Ford telah memadankan sistem kotak gear ini dengan fungsi rev-matching, serta komponen cakera klac dan short-shifter daripada Mustang GT.

Selain daripada transmisi, Ford juga turut mengintegrasikan komponen GT350 seperti manifold kemasukan, serta penyejuk minyak enjin yang mampu meningkatkan kadar penyejukan pelincir sehingga 50 peratus.

Bagi mereka yang mempunyai kaki kiri yang agak lemah, mereka boleh mendapatkan model Mustang Mach 1 dengan sistem transmisi automatik SelectShift 10 nisbah kelajuan dengan torque converter dan kalibrasi unik yang mampu meningkatkan lagi prestasi atas jalan.

Khas untuk model auto, Ford telah menambah sebuah lagi komponen penyejuk yang mampu meningkatkan kadar penyejukan pelincir sehingga 75 peratus pada model Mach 1.
 

 

Sebagai sebuah model penghormatan kepada model asal, Mustang Mach 1 didatangkan dengan rekaan unik seperti gril khusus dengan elemen 3D, seksyen hidung ikan jerung dan elemen lampu palsu yang mengapit logo kuda di bahagian tersebut.

Splitter hadapan yang besar turut dipasang pada bahagian bampar hadapan diikuti dengan penampilan skirt sisi yang tajam dan diffuser belakang yang diperoleh daripada Shelby GT500 dan menampilkan empat bukaan ekzos di bahagian tersebut.

Set rim 19 inci yang didatangkan merupakan rekaan unik pada model Mach 1 dan ia juga turut memberikan penghormatan buat rekaan roda klasik Magnum 500.

 


Khusus buat model manual, Ford menawarkan pakej opsyen Handling Package yang merangkumi penambahan ciri seperti splitter hadapan yang lebih besar, lip molding pada roda hadapan, spoiler Magnetic dengan Gurney flap dan set rim bersaiz 19 inci yang didatangkan dengan kemasan Tarnished Dark.

Dengan adanya Handling Package itu tadi, Ford mendakwa Mach 1 mampu menjana 22 peratus lebih daya turun berbanding Mustang GT yang dilengkapi Performance Pack Level 1.

Namun, naiktaraf yang lebih penting datangnya daripada pemasangan underbelly pan yang lebih panjang 508 mm ke belakang di mana komponen ini mampu melancarkan aliran udara dengan lebih berkesan, dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi daya turun ketika kelajuan tinggi.

 


Sistem suspensi Mustang Mach 1 pula adalah daripada MagneRide dengan kalibrasi yang terkini, spring hadapan dan sway bar yang lebih keras, kalibrasi terhadap EPAS dan subrangka belakang dengan bushing yang lebih keras dan toe-link belakang daripada Shelby GT500 yang dikatakan mampu meningkatkan kadar pemanduan dan pengendalian.

Sementara itu, ruang dalaman didatangkan dengan panel instrumen yang dibaluti bahan Dark Spindrift unik, tempat duduk Ebony, tombol gear (manual) bebola cue berwarna putih, skrin paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci, dan lencana berukir yang memaparkan nombor casis unik kenderaan.

 


Ford Mustang Mach 1 akan mula dijual sebagai sebuah model edisi terhad yang boleh didapati di peringkat global, namun pihak Ford tidak menyatakan berapa banyak unit yang bakal dihasilkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada video pandu uji, laman web Hagerty berjaya membariskan model pengganti Nissan 370Z…
Berita Global
Di dalam bahan promosi, Ford didapati menyenaraikan ciri-ciri seperti kawalan jelajah berbantu…
Berita Global
Menurut laporan daripada Auto Express UK, wakil syarikat Ford juga turut mengesahkan proses…