Ford menang tiga anugerah Carlist.my People's & Editor's Choice 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi Anugerah Carlist.my People's & Editor's Choice 2019, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) berjaya merangkul tiga kemenangan sekaligus untuk model-model Ford Ranger, Ford Mustang dan juga Ford Focus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Ranger terus kekal menjadi trak pikap pilihan para pengguna di Malaysia apabila berjaya merangkul anugerah Emas di dalam Trak Pikap Terbaik untuk dua tahun berturut-turut. 
 


Ford Mustang pula dipilih memenangi Anugerah Emas di dalam kategori Kereta Aspirasi Terbaik, manakala Ford Focus mendapat pingat gangsa di dalam kategori Hatchback Harga Pertengahan. 

Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan SDAC berkata, "Kami begitu teruja untuk menerima sebuah lagi pingat Emas, kali ini untuk Ford Mustang selepas Ford Ranger.

"Kami ingin melahirkan rasa terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan yang diberikan, dan kami akan terus meningkatkan lagi pengalaman pemilikan Ford pada masa akan datang," ujarnya lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apatah lagi pada ketika ini pandemik COVID-19 membataskan pergerakan rakyat Malaysia sehinggakan…