iCar Asia bawakan ciri interaktif pada laman Carlist.my

oleh Mohamad Hanif|
Laman bidaan dan penjualan kenderaan dalam talian Carlist.my membawakan dua ciri interaktif terbaharu yang telah dibangunkan bagi memberikan lebih kepuasan pembelian kepada para pelanggan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Apatah lagi pada ketika ini pandemik COVID-19 membataskan pergerakan rakyat Malaysia sehinggakan para penjual perlu mencari jalan alternatif untuk mempromosi dan menjual kenderaan mereka.

Ciri yang pertama dikenali sebagai 'Book from Home' yang memudahkan para pembeli mencari tawaran yang terbaik dengan hanya maklumat di hujung jari.

Setelah itu, deposit perlu dibayar menerusi transaksi dalam talian, dan proses pembelian akan diteruskan setelah permohonan pinjaman diluluskan, dan kenderaan akan dihantar terus ke rumah.

Selain daripada ciri 'Book From Home', Carlist.my juga turut menambah elemen interaktif seperti paparan video kepada paparan gambar sedia ada.

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 3,000 senarai video yang berdaftar di Malaysia dan 1,500 video dari pasaran Thailand, manakala Indonesia pula bakal menyusul dalam masa terdekat.

Carlist.my juga turut menyediakan kandungan yang khusus yang disasarkan kepada golongan tertentu, seperti contoh "How to Keep Your Car COVID-19 free", "5 must-have applications for drivers in this digital age" atau "The Best Car Movies" yang menjadi sasaran utama pencarian para pembaca.

Semua ini bagi menjadikan tahap interaksi antara para pelanggan lebih menarik dan lebih menggalakkan mereka untuk terus mencari kenderaan pilihan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ford Ranger terus kekal menjadi trak pikap pilihan para pengguna di Malaysia apabila berjaya…