India semakin menjadi pasaran yang menarik bagi pembuat kenderaan utama dunia.
Terbaharu, Ford telah mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan hubungan usahasama bersama Mahindra bagi membantu kedua-dua syarikat itu menghasilkan produk-produk yang lebih berdaya saing.
Usahasama selama tiga tahun itu akan mengkaji keadaan pasaran semasa India dan pelan-pelan perancangan akan dilakukan.
Pasaran automotif India kini sudah mencapai nilai setinggi RM126 billion dan dijangkakan India akan menjadi pasaran ketiga terbesar untuk automotif, selepas China dan US.
Sekarang ini, Hyundai dan Suzuki sudah memegang sebahagian besar pasaran India walaupun Volkswagen dan GM berusaha untuk meningkatkan pegangan pasaran di sana.
Sebenarnyanya Ford pernah menjalinkan usahasama bersama Mahindra pada tahun 1995 tetapi Ford keluar pada tahun 2005.
Kita lihat dan tunggu apa yang akan dihasilkan oleh kedua-dua syarikat itu.