Ford GT Heritage Edition 2022 - penghormatan buat prototaip asal GT40

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai penghormatan buat model prototaip asal yang mencetus sejarah kegemilangan GT40, Ford telah melancarkan model GT edisi terhad yang dinamakan sebagai Ford GT Heritage Edition 2022.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut Ford, model GT Heritage Edition yang terakhir ini diinspirasikan daripada model prototaip Ford GT 1964 yang membuat kemunculan di acara New York International Auto Show, di mana pada ketika itu lima unit prototaip telah dibina, namun hanya satu sahaja yang berjaya diselamatkan dengan layangan liveri asal GT/105.

Ini kerana model prototaip GT/101 dan GT/102 dimusnahkan setelah ujian pelanggaran dibuat untuk Le Mans dan Monza, manakala model GT/103 yang dipandu oleh Ken Miles/Lloyd Ruby dan GT/104 (Bob Bondurant/Ritchie Ginther) telah dicat semula dan dipamerkan di Muzium Shelby, Colorado.
 

GT


Membawakan penampilan yang bertemakan retro, Ford GT Heritage Edition ini dilayangkan dalam warna Wimbledon White, jalur perlumbaan, bonet berwarna hitam, diikuti dengan rim gentian karbon bersaiz 20 inci dengan warna Antimatter Blue.

Terdapat kemasan gentian karbon terdedah yang boleh didapati pada bahagian splitter, side sill, cermin sisi, bukaan liang udara pada bahagian enjin, serta diffuser belakang.
 

GT


Kemasan ruang kabin model GT Heritage Edition ini didatangkan dengan tempat duduk gentian karbon, upholsteri suede Lightspeed Blue Alcantara dengan jahitan perak, balutan kulit Ebony pada papan pemuka, penggunaan Ebony Alcantara pada headliner, roda stereng, serta tiang kabin diikuti dengan kemasan Antimatter Blue.

Tiada sebarang kemaskini terhadap trenkuasa dibuat, ini bermakna Ford GT Heritage Edition 2022 ini mengekalkan enjin 3.5 liter bentangan V6 turbo berkembar yang menghasilkan 600 kuasa kuda, serta padanan sistem ekzos titanium Akrapovič sebagai ciri standard.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia membawakan kerangka aluminium biru anodized sebelum dikemaskan dengan penjenamaan Ford GT, jalur…
Berita Global
  Pada perlumbaan 24 Jam Le Mans 1966 Ford diwakili beberapa pasukan di antaranya Shelby American…
Gaya Hidup
Ini tidak termasuk laluan longkang sekeliling rumah untuk anda berlumba bersama rakan anda. …