Ford, GM mampu rampas kedudukan Tesla 2025 - Kajian

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian daripada penganalisis di Bank of America Merril Lynch, John Murphy meramalkan dua gergasi Detroit, Ford dan General Motors mampu menyaingi kelebihan yang ada pada Tesla menjelang pertengahan dekad ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

John Murphy turut meramalkan bahawa pegangan pasaran Tesla akan turun daripada 70 peratus pada tahun ini kepada hanya 11 peratus sahaja pada tahun 2025, disebabkan oleh peningkatan persaingan daripada Ford dan GM di mana masing-masing mempunyai pegangan pasaran sekitar 15 peratus.

Beliau percaya syarikat EV itu akan kehilangan kedudukan yang dominan disebabkan tidak cukup pantas itu mengembangkan portfolio produk yang kini terdiri daripada Model S, Model 3, Model X dan Model Y.
 

Tesla


Pakar analisis turut berkata, CEO Tesla ELon Musk mempunyai ruang hampa selama 10 tahun untuk beroperasi tanpa sebarang persaingan, namun "ruang hampa itu kini sudah pun dipenuhi dengan pelbagai produk yang menarik dalam tempoh empat tahun."

Selain itu, Tesla telah beberapa kali menunda pelancaran model Cybertruck, malah pelan untuk model generasi baharu Roadster juga turut terjejas.

"(Elon) tidak bergerak cukup pantas. Beliau sebelum ini mempunyai kelebihan di mana (pengeluar lain) tidak dapat mengatasinya dan tidak dapat membuat apa yang telah dilakukan, dan kini mereka sedang melakukannya.
 

Chevrolet


Sementara itu, eksekutif daripada Ford dan GM masing-masing menyatakan hasrat untuk merampas kedudukan pengeluar utama EV daripada Tesla menjelang akhir dekad ini.

Ford menjangkakan akan membina dua juta unit kenderaan elektrik di seluruh dunia menjelang 2026, sementara GM pula berkata mereka mempunyai kapasiti lebih daripada dua juta EV di Amerika dan China sepanjang tahun 2025.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…