Ford F-150 Edisi Harley-Davidson bakal buat kemunculan di Chicago Auto Show

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah trak pikap yang paling popular di pasaran Amerika Syarikat, Ford turut mempelbagaikan variasi penawaran F-150 bagi menarik lebih ramai golongan untuk memiliki Ford F-Series tersebut. 

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa Ford-F150 juga turut didatangkan dengan edisi Harley-Davidson sebagai pakej pilihan, bermula dari tahun 2000.

Tidak dapat dipastikan apakah signifikan pemilihan jenama tersebut kepada trak pikap F-150, namun sehingga kini terdapat tidak kurang daripada enam versi Harley-Davidson yang dihasilkan. 

Tambah menarik apabila pada tahun 2008, ia hadir dengan  penawaran trim kemasan yang diperbuat daripada bahan jaket Harley-Davidson. 
 


Untuk tahun 2019, Ford F-150 kembali hadir dengan edisi Harley Davidson dengan kemunculan pertama di Chicago Auto Show. 

Untun pengetahuan, Ford F-150 ini bukanlah produk rasmi daripada Blue Oval, akan tetapi ia dikendalikan oleh pihak ketiga, Tuscany Motor Company

Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan, iaitu Agate Black, White Platinum dan juga Leadfoot gray, setiap satunya dijual pada harga yang agak berbeza.

Secara ringkasnya, selain daripada menerima pakej penampilan luaran, Ford F-150 Harley-Davidson Edition ini turut menerima talaan suspensi daripada BDS dan penyerap hentak daripada Fox. 
 


Tuscany Motor benar-benar menjadikan penampilan luaran F-150 ini lebih garang, terima kasih kepada penggunaan ram air hood, lampu LED pada bahagian bumper, dan fender flare di bahagian sisi. 

Set rim 22 inci yang diinspirasikan daripada motosikal Harley Fat Boy menghiasi keempat-empat ruang arca roda sebelum dibaluti dengan tayar all-terrain. 

Mengakhiri senarai kelengkapan adalah set ekzos Flowmaster bagi memberikan F-150 ini bunyi yang lebih garang - walaupun tidaklah menyerupai not-not ekzos Harley-Davidson. 

Memasuki ruang kabin pula, elemen Harley-Davidson terdapat di kebanyakan tempat, termasuklah di alas kaki, panel pintu dan kluster meter manakala tempat duduk pula dibaluti kulit yang dihiasi dengan jahitan berwarna jingga.
 


Senarai harga pula adalah seperti berikut: 

  • Agate Black - $97,415 (RM398,286)
  • White Platinum - $97,710 (RM399,492)
  • Leadfoot Gray - $98,433 (RM402,448)

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…