Ford Everest Baharu dilancarkan - enjin Raptor 2.0L bi-turbo, harga bermula dari RM228,888

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan SUV Ford Everest yang kini telah dipertingkatkan dari segi keupayaan, kecekapan, dan keselamatan di samping memberikan rupa bentuk yang menarik serta ruang dalaman yang lebih selesa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, dengan pelancaran Everest baharu ini diharap dapat memberikan keseronokan serta keterujaan dalam setiap perjalanan.
 


Ford Everest baharu kini hadir dengan enjin diesel 2.0 liter bi-turbo untuk varian tertinggi Titanium - sama seperti enjin yang digunakan pada Ford Ranger Raptor - yang mampu menghasilkan 213 PS dan daya tork maksimum 500 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 1,750 rpm, sebelum digandingkan dengan kotak gear automatik 10 nisbah kelajuan. 

Transmisi tersebut ditawarkan dengan talaan nisbah kelajuan yang pendek dan berbeza daripada talaan Ranger Raptor bagi mengurangkan jurang antara kuasa dan pecutan sekaligus membolehkan Everest mendaki bukit yang lebih curam dengan mudah. 
 


Ford Everest 2018 ini didatangkan dalam dua varian iaitu 2.0L Trend AWD 10AT dan juga 2.0L Bi-turbo Titanium AWD 10AT, dan harga jualan untuk kedua-dua varian ini adalah seperti berikut: 

Ford Everest Titanium - RM258,888.00
Ford Everest Trend - RM228.888.00

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi Ford Everest yang baharu sahaja dilancarkan. 


Ford Everest Titanium
Enjin: 2.0L diesel bi-turbo
Kuasa: 213 PS/500 Nm
Transmisi: 10 kelajuan automatik
Pacuan: AWD
Rim: aloi 20 inci
Saiz Tayar: 265/50 R20
Sistem hiburan: SYNC 3, skrin sentuh 8", sambungan Bluetooth, Android Auto, Apple CarPlay, AppLinkTM
Ciri Keselamatan: 7 beg udara, ABS, EBD, ESC, Kawalan cengkaman, Bantuan brek kecemasan, Roll Stability Control, Trailer Sway Control, Bantuan menurun bukit, Bantuan mula mendaki, Cagak ISOFIX, Peringatan tali pinggang keledar, kamera undur, amaran titik buta, amaran lintasan trafik
Warna: Diffused Silver, Sunset
Harga: RM258,888.00
 

Ford Everest Trend
Enjin: 2.0L diesel
Kuasa: 180 PS/420 Nm
Transmisi: 10 kelajuan automatik
Pacuan: AWD
Rim: aloi 18 inci
Saiz Tayar: 265/60 R18
Sistem hiburan: SYNC 3, skrin sentuh 8", sambungan Bluetooth, Android Auto, Apple CarPlay, AppLinkTM
Ciri Keselamatan: 7 beg udara, ABS, EBD, ESC, Kawalan cengkaman, Bantuan brek kecemasan, Roll Stability Control, Trailer Sway Control, Bantuan menurun bukit, Bantuan mula mendaki, Cagak ISOFIX, Peringatan tali pinggang keledar, kamera undur
Warna: Meteor Grey, Shadow Black
Harga: RM228,888.00

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Lokasi tersebut dipilih khusus untuk menyerlahkan keupayaan model itu mengharungi laluan mencabar…
Berita Global
  Wanita tersebut membeli kereta dengan wang pendahuluan sebanyak 1.48 juta baht (RM180,650) pada…
Pelancaran
Ia menggabungkan kemampuan pengembaraan dengan keselesaan yang optimum, selain spesifikasi yang…