Ford cipta teknologi bantu golongan buta menikmati pemandangan dari dalam kereta

oleh Mohamad Hanif|
Bagi golongan yang kurang upaya penglihatan, melihat sesuatu perkara yang indah itu kedengaran mustahil bagi mereka untuk menikmati dengan lebih dekat, dan lebih terperinci.

Demi membantu golongan tersebut, Ford hadir dengan satu teknologi baharu yang digelar Feel The View.
Modenas

Menerusi satu video yang diterbitkan oleh Ford, Feel The View merupakan satu teknologi yang mampu membuatkan golongan yang kurang upaya menikmati pemandangan luar dari dalam kabin kereta. 

Peranti tersebut mempunyai sebuah kamera yang diletakkan pada cermin penumpang, dan tugas kamera tersebut adalah untuk merakam pemandangan di luar dengan hanya menekan satu butang khas dari dalam. 

Gambar yang dirakam akan dipindah bentuk menjadi gambar hitam putih untuk dipaparkan ke atas cermin dan perbezaan bayangan yang terakam seterusnya ditukarkan di dalam bentuk getaran. 

Getaran tersebut dihasilkan dalam beberapa rentak yang berbeza berdasarkan pergerakan tangan OKU tersebut menerusi gambar hitam putih yang dipaparkan di atas cermin.

Teknologi ini dilihat dapat membantu golongan OKU tadi untuk mengenal pasti asas di sebalik pemandangan di samping terdapat bantuan penerangan audio yang turut disertakan. 

 

Anda boleh saksikan video di bawah bagaimana niat murni Ford boleh membantu golongan OKU seterusnya menjadikan produk mereka dekat di hati manusia. 

 

 

Sumber: Autoblog

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Jumlah tersebut dilihat turut merangkumi 7,000 unit model First Edition, di mana pihak Ford…
Berita Global
Sebagai perbandingan, jumlah hutang yang terpaksa ditanggung oleh VW sebenarnya jauh melebihi…
Berita Global
Ford Bronco hadir dalam dua versi, iaitu off-road rugged serta sebuah model Bronco Sport yang lebih…