Ford buat sebuah lagi EV, guna platform Kumpulan Volkswagen

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Volkswagen Alliance
Ford Volkswagen Alliance
Kerjasama di antara pengeluar kenderaan berbeza bukan satu perkara baharu dalam industri automotif.

Ianya sudah menjadi kebiasaan dan tiada yang pelik apabila sesebuah model berbeza menggunakan platform sama atau sekadar menggantikan logo.

Terbaru Ford Motor Company dan Kumpulan Volkswagen mahu mengembangkan lagi kerjasama mereka di dalam bidang mobiliti elektronik.

Ford mahu mengeluarkan sebuah lagi model elektrik untuk pasaran Eropah menggunakan platform MEB Kumpulan Volkswagen.

MEB direka sebagai platform kenderaan terbuka yang membolehkan pengeluar kereta menawarkan model elektrifikasi dengan pantas dan kos efektif.

Kedua-dua syarikat berada di dalam pakatan strategik yang merangkumi mobiliti elektrik, kenderaan perdagangan dan pemanduan autonomi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Crossover elektrik Ford

Model Ford pertama yang menggunakan MEB ialah crossover elektrik dan dijangka mula dikeluarkan di Pusat Elektrifikasi Ford di Cologne, Jerman pada tahun 2023.

Ford asalnya merancang untuk mengeluarkan sebuah sahaja model berasaskan MEB dengan jumlah pengeluaran 600,000 unit.

Maklumat mengenai model baharu yang dirancang pula masih belum didedahkan.

Volkswagen mahu jadi pembekal platform

 

MEB platform

 

Seperkara menarik walaupun dengan jumlah jualan kenderaan yang tinggi, Volkswagen mahu menjadi pembekal platform kenderaan elektrik.

Peningkatan kerjasama dengan Ford ini meletakkan Volkswagen selangkah lebih dekat ke arah misi tersebut.

Platform MEB boleh digunakan pelbagai jenama dan pengeluar dan sudah pun menjadi asas teknologi kepada sepuluh model elektrik dari lima jenama berbeza.

Pada tahun 2021, dianggarkan sebanyak 300,000 unit kenderaan dihasilkan dan merupakan salah satu platform elektrik utama di peringkat global.

Kenderaan kompak sehingga SUV dan van

 

Volkswagen ID. Buzz dan ID. Buzz Cargo

 

Karakter MEB yang terbuka membolehkannya digunakan untuk pelbagai segmen dan kenderaan dari jenis kompak sehingga SUV dan van.

Model terkini yang menggunakan MEB ialah Volkswagen ID. Buzz dengan pengaruh kuat dari Volkswagen Kombi.

Selain itu, penggunaan yang banyak menghasilkan skala ekonomi dan kos asas yang lebih berdaya saing berbanding kenderaan elektrik lain.

Ada unit perniagaan baharu

Untuk membantu mencapai kejayaan dalam mobiliti elektrik di seluruh dunia, Volkswagen berkongsi MEB dan platform lain dari Kumpulan dengan rakan kerjasama.

Satu unit perniagaan baharu iaitu Platform Business ditubuhkan dan bertanggungjawab di atas segala kerjasama tersebut.

SSP platform baharu

Volkswagen sebenarnya sudah merancang untuk memperkenalkan sebuah platform baharu iaitu Scalable Systems Platform (SSP).

Platform itu juga bakal dikongsi dengan rakan kerjasama dan penggunaan oleh pelbagai jenama dan pengeluar juga turut diambil kira.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…