Ford Bronco laku keras - 230,000 tempahan, giliran menunggu sehingga 2022!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tempoh dua minggu selepas pelancaran rasmi, Ford telah berjaya mencatatkan angka tempahan mencecah 230,000 unit untuk model Ford Bronco serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumlah tersebut dilihat turut merangkumi 7,000 unit model First Edition, di mana pihak Ford terpaksa menggandakannya daripada 3,500 unit pada permulaan disebabkan permintaan yang cukup menggalakkan.

Menurut forum Bronco6G yang memetik sumber 'yang dipercayai', Ford telah pun menerima kira-kira 230,000 unit tempahan, di mana angka tersebut sebenarnya tidak termasuk model Ford Bronco Sport!

Malah, wakil Ford memberitahu laman web Car and Driver di mana "tempahan yang diterima cukup menggalakkan sehinggakan ada pelanggan yang bakal menerima unit mereka pada tahun 2022".

Penghantaran pertama model Ford Bronco dijadualkan berlangsung pada musim bunga tahun 2021.

Yang pasti, dengan angka 230,000 tempahan yang diterima oleh Ford, Jeep sudah tentu tidak akan mendiamkan diri!

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…