Firefly Sport - EV saiz kecil untuk kanak-kanak

oleh Mohamad Hanif|
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk golongan ibu bapa yang mahu mendidik anak mereka tentang keselamatan jalan raya di tempat yang betul dan 'kereta' yang sebenar, boleh cuba dapatkan sebuah EV kecil yang menawarkan dinamik pemanduan yang hampir sama dengan kereta sebenar.

Firefly Sport, seperti yang anda lihat mempunyai dimensi sepanjang 2.1 meter sahaja, dan konfigurasi kabin dua tempat duduk yang mampu memuatkan kanak-kanak berusia 4 hingga 10 tahun.

 

EV


Difahamkan, syarikat itu juga bakal menawarkan versi yang lebih sesuai untuk digunakan oleh orang dewasa kelak.

Rekaan luar Firefly Sport ini direka oleh Puremedium dengan menggandingkan elemen supercar dan kereta sports moden.

Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah unit lampu LED, lampu DRL, rekaan bonet yang muskular, serta dek belakang yang aerodinamik.
 

EV


Firefly Sport menggunakan casis aluminium yang dibantu dengan sistem suspensi bebas sebenar dan sistem stereng rak dan pinan, membolehkannya menawarkan dinamik pemanduan yang hampir sama seperti kereta sebenar.

Sistem trenkuasa EV comel ini menampilkan motor elektrik berkembar 24 voltan, kotak gear, serta dua bateri 12V yang boleh dicas semula dan dikitar semula.

Bergantung kepada spesifikasi, Firefly Sport boleh mencapai kelajuan tertinggi 11 km/j atau sehingga 40 km/j.
 

EV


Untuk tujuan keselamatan, terdapat ciri cut-off yang boleh ditetapkan dalam jarak 200 meter, serta penderia yang mampu untuk mengesan halangan dan mematikan operasi trenkuasa untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Difahamkan, terdapat insan yang hebat di sebalik tabir projek ini seperti jurutera produksi Steve Rawson yang sebelum ini pernah bekerja dengan Aston Martin, serta jurutera trenkuasa Dr. Ian Pogson yang berpengalaman berkhidmat dengan Jaguar Land Rover dan MG.

Buat masa ini, Firefly Sport boleh didapati di fasiliti Young Driver's UK di mana kanak-kanak boleh menikmati pemanduan EV ini pada harga £20 (RM107.70) untuk tempoh 15 minit.

Firefly Sport juga bakal ditawarkan secara rasmi kelak, dengan harga jualan yang bakal diumumkan pada acara British Motor Show 18 Ogos ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…