Aidilfitri: MAG sedia 18,000 tempat duduk tambahan, harga tiket dijangka turun

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings bakal menawarkan lebih 18,000 tempat duduk tambahan bagi menampung permintaan pada tempoh kemuncak perayaan Aidilfitri tahun ini.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut Malaysia Aviation Group (MAG), ia adalah sebagai satu tambahan kepada 20,000 tempat duduk yang dilancarkan pada 29 Mac yang lalu yang hampir habis dijual.

Tambang penerbangan juga dijangka akan menurun bagi membolehkan lebih ramai penumpang pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Serentak dengan penambahan kapasiti, MAG juga akan menyediakan pesawat jenis Airbus 330 bagi beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Firefly juga akan turut meningkatkan kekerapan penerbangan ke Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAG Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, penumpang digalakkan untuk merancang awal perjalanan masing-masing bagi menikmati tawaran penerbangan yang menarik.

“Setakat Februari 2023, kapasiti jangkauan kami mencecah 85 peratus daripada angka 2019 dan kami juga menjangkakan peningkatan positif, terutama dengan kedatangan musim perayaan dan cuti sekolah.

“Sehubungan itu, kami menggalakkan orang ramai untuk memanfaatkan kapasiti tambahan ini dan menikmati pengalaman bertemu semula dengan insan tersayang. Ini juga sejajar dengan komitmen kami dalam menyokong kerajaan bagi kemudahan perjalanan untuk rakyat,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tersebut dikhususkan untuk laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak…
Berita Domestik
  "Semasa kita kerajaan, saya telah perhalusinya malah saya telah berbincang dengan Sultan Brunei…
Informasi
  "Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) telah berbincang dengan syarikat penerbangan supaya tidak…