Fiat hatchback dengan enjin ZX-14R - Pocket Rocket!

oleh Mohamad Hanif|
Bermula sebagai sebuah hatchback segmen A yang sangat comel, dengan penawaran enjin dua silinder sebaris 704 cc atau enjin empat silinder sebaris 899 cc, 903 cc dan 1108 cc, pemilik Cinquecento mengambil keputusan untuk mengubahsuai kereta mini ini menjadi jentera time attack.

Enjin asal Cinquecento telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan enjin superbike!

Terima kasih kepada penderma Kawasaki Ninja ZX-14R, enjin baharu empat silinder sebaris 1,441 cc ini mampu mencapai kuasa setinggi 250 kuasa kuda pada putaran enjin tertinggi 12,000 rpm. 

Enjin tersebut tidak diletakkan pada posisi asal di hadapan, sebaliknya ia diletakkan pada posisi tengah (mid-engine layout) dengan kedudukan pemandu juga turut dialihkan ke tengah kenderaan. 

Kuasa 250 hp tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi sekuential, dan jika anda seorang peminat bunyi yang dihasilkan oleh enjin superbike, sudah tentu anda akan menyangka sebuah superbike bakal melintasi anda sebelum sangkaan anda meleset sama sekali. 

Saksikan video aksi Fiat Cinquecento dengan enjin Kawasaki Ninja ZX-14R beraksi di litar dengan alunan bunyi yang serba merdu itu. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Fiat SpA pada bulan Jun 2004, Marchionne telah berjaya…
Berita Global
CEO untuk Kumpulan Fiat Chrysler, Sergio Marchionne berkata bahawa pihak syarikat tidak akan…
Berita Global
  Laporan terkini dari Eropah berkata Geely sebenarnya telah mengkaji untuk membeli syarikat Fiat…