FIA mahu laksana tempoh minimum hentian pit F1

oleh Mohamad Hanif|
Kelebihan yang ada pada pasukan Red Bull berkemungkinan besar bakal terjejas disebabkan perubahan peraturan teknikal terbaharu yang memerlukan tempoh mininum bagi setiap hentian pit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak pengisian semula bahan api diharamkan pada tahun 2010, hentian pit Formula One menjadi semakin pantas dan pemegang rekod terpantas hentian pit kini dipegang oleh pasukan Red Bull Racing dengan catatan masa 1.82 saat ketika GP Brazil 2019.

Disebabkan itu, FIA mahu melaksanakan sekatan masa terhadap hentian pit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebagai contoh, ketika ujian pra-musim pemandu Haas Mich Schumacher dilihat meninggalkan pit ketika jek pengangkat masih lagi berada di bawah jenteranya.

 


Menurut perubahan terbaharu yang dicadangkan oleh FIA, "Untuk tujuan keselamatan, kami mahu melaksanakan tempoh waktu minimum di antara waktu pelepasan jek dan isyarat Ok kepada pemandu menggunakan lampu hijau sekurang-kurangnya 0.2 saat.

Peraturan baharu ini bakal dilaksanakan bermula GP Hungary 2021.

Strategi hentian pit terpantas yang digunakan oleh Red Bull ini ternyata berjaya mengekang kemaraan Mercedes terutama ketika musim perlumbaan 2021 setakat ini.

Sehingga perlumbaan GP Styria minggu lalu, Red Bull kini menduduki tangga teratas Kejuaraaan Pengeluar F1 dengan kelebihan 40 mata mengatasi Mercedes-AMG PETRONAS F1.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…