Festival Unwrap Amazing di Pusat Pameran Lexus hujung minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang musim perayaan Hari Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi, Lexus Malaysia akan mengadakan acara 'Unwrap Amazing' pada Sabtu ini, 7 Disember bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang.

Setiap pengunjung yang melawat pusat pameran Lexus di seluruh negara* akan diberikan hadiah 'doorgift' Krismas khas bagi memeriahkan lagi suasana festival Unwrap Amazing, di samping ciri inovasi digital berteknologi tinggi Amazing Experiences yang bakal menanti mereka. 

Sesi pandu uji dan hadiah misteri juga turut disediakan bagi pengunjung/pelanggan yang ingin merasai sendiri pengalaman pemanduan di dalam sebuah Lexus. 
 


Kesemua model Lexus di pasaran Malaysia didatangkan dengan teknologi keselamatan aktif Lexus Safety System+ yang menawarkan ciri brek kecemasan automatik, amaran keluar daripada laluan, ciri pengekalan jarak antara kenderaan hadapan dan belakang serta ciri beg udara disekeliling kabin.

Di Pusat Pameran Lexus Mutiara Damansara, Petaling Jaya, terdapat acara tambahan di mana pengunjung boleh menyertai bengkel Ginger House-Making dan menikmati persembahan yang disampaikan oleh Wilson Jong & Thomas Philip Musical. 

 


Apa yang ditawarkan oleh Lexus adalah diinspirasikan daripada tradisi hospitaliti Jepun (omotenashi) di mana setiap pengunjung akan merasai pengalaman yang menakjubkan saat memasuki ruang pameran, memandu uji atau sekadar menikmati kopi di Cafe Richard. 

Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Corporate Privilege Programme yang dibawakan oleh Lexus Malaysia. 
 


Ia merupakan program yang terdapat dengan setiap pembelian mana-mana model Lexus, di mana pelanggan yang layak akan menerima diskaun dan pakej servis percuma selain menikmati pengalaman bertaraf lima bintang yang ditawarkan oleh Amazing Experiences.

*kecuali Lexus Centre Ipoh pada 14 Disember

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Salah satu pembaharuan adalah dari segi beratnya yang telah dikurangkan sebanyak 10 kilogram dengan…
Berita Domestik
Pembukaan semula operasi serta premis terlibat ini adalah berdasarkan kelulusan dan tertakluk…
Berita Domestik
  Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat kira-kira…