UMW Toyota catat jualan 8,004 unit Mei 2023

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor mengakhiri bulan Mei dengan mencatatkan rekod jualan yang impresif, dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 8,004 unit, sedikit tinggi berbanding bulan April 2023 (6,767 unit).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala selebihnya merupakan kereta-kereta Lexus.

Untuk jualan sehingga Mei 2023, UMW Toyota mencatatkan jualan terkumpul sebanyak 39,990 unit, atau peningkatan 8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas (36,972 unit).
 

Lexus

 

Bulan Mei tahun ini juga menyaksikan komitmen UMW Toyota dalam usaha untuk menawarkan penyelesaian pengangkutan rendah karbon untuk memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia.

Selain daripada penawaran model hibrid, Toyota juga telah memperlihatkan model SUV elektrik Toyota bZ4X untuk tujuan penyelidikan pasaran dan penilaian teknikal.

Langkah ini adalah sejajar dengan strategi berbilang laluan Toyota untuk mencapai neutraliti karbon dengan menawarkan pilihan termasuklah kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan sel bahan api (FCEV) dan kenderaan hibrid elektrik (HEV).


 

lexus


Pada bulan Mei juga menyaksikan pembukaan gilang-gemilang pusat pameran mesra alam Lexus yang pertama di Klang, seiring dengan pelancaran model SUV generasi baharu Lexus RX 350 Luxury berharga RM468,888.

Sepanjang bulan Jun, UMW menawarkan promosi sehingga RM8,000* di mana Toyota Corolla boleh dibawa pulang dengan harga ansuran bulanan bermula dari RM1,108*, sementara Toyota Vios serba baharu pula menawarka ansuran mesra bajet bermula dari RM688*.

*tertakluk kepada terma dan syarat

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Saya gembira untuk berkongsi bahawa kami telah mencapai 100 peratus OTP untuk beberapa kali dan…
Berita Domestik
Ini bermakna, prestasi jualan untuk tahun ini telah mengatasi jumlah jualan sepanjang tahun 2021 (…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, 7,397 unit merupakan crossover tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander…