Ferruccio Lamborghini dan 5 tokoh ikonik yang membangunkan Lamborghini!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ferruccio Lamborghini
Ferruccio Lamborghini
Seronok sebenarnya melihat perkembangan terkini Lamborghini. Pelbagai varian hebat dikeluarkan dan juga sambutan tinggi pengguna untuk SUV Urus.

Insan penting di sebalik jenama ini pastinya Ferruccio Lamborghini yang mengasaskannya pada tahun 1963.

Beliau bukan sekadar individu yang mahu bersaing dengan Ferrari tetapi juga seorang yang pintar, berpengetahuan dan berpengalaman.

Menjadikan impian dan wawasannya sebagai realiti ialah tokoh-tokoh hebat yang mencipta DNA dan membina legasi Lamborghini untuk diikuti dan dijadikan panduan sehingga sekarang.

Siapakah tokoh-tokoh tersebut? Mari mulakan dengan Ferruccio Lamborghini sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ferruccio Lamborghini

 

1. Ferruccio Lamborghini

Pengasas Lamborghini adalah seorang yang bijak. Beliau mengeluarkan traktor dengan perkakasan lebihan perang dan terus membina empayar perniagaan dari situ.

Ferruccio Lamborghini kemudian melakar cabaran sendiri dengan memasuki industri automotif. 

Beliau menubuhkan Lamborghini dan menariknya memilih sekumpulan jurutera muda dan kebanyakan daripada mereka baru tamat pengajian di universiti.

2. Giampaolo Dallara

Stephan Winkelmann - Giampaolo Dallara - Maurizio Reggiani

 

Giampaolo Dallara dilantik sebagai Pengarah Teknikal hanya pada usia 27 tahun. Di bawah beliau, model produksi pertama Lamborghini dihasilkan.

Satu daripada produk terkenal pada era 60-an ialah Miura dan hadir dengan reka bentuk luar biasa.

Jika ramai yang menggagumi Countach, model ini keluar sebelum itu dengan gayaan dan kejuruteraan hebat.

Miura dilengkapi enjin 4.0 liter dengan aci sesondol atas (overhead camshaft).

Reka bentuknya pula adalah hasil tangan Carrozzeria Bertone dan meskipun dikeluarkan pada tahun 1966, Miura masih nampak elegan sehingga sekarang.

3Paolo Stanzani 

Paolo Stanzani

 

Pada tahun 1968, Paolo Stanzani dilantik sebagai Pengarah Teknikal dan jawatan tambahan kepada Pengarah Pengeluaran Lamborghini.

Beliau mula berkhidmat dengan Lamborghini pada tahun 1963 pada usia 27 tahun.

Jika anda meminati Countach, inilah individu penting di sebaliknya. Selain reka bentuk yang menyerlah, Countach adalah kereta sport terpantas di dunia hampir 20 tahun.

Bukan setakat reka bentuk revolusi, Countach hadir dengan pintu buka atas (scissor door) dan pertama untuk sebuah kereta produksi massa.

 

Lamborghini Countach LP

 

Dari segi teknologi pula, Countach menggunakan sistem transmisi baharu di mana aci pacu melalui blok enjin.

Karakter unik tersebut kekal digunakan pada model enjin V12 Lamborghini sehingga sekarang.

Selepas Countach, Paolo Stanzani terlibat pula dalam menghasilkan Urraco, sebuah model empat tempat duduk dengan enjin V8 dan kepala kebuk pembakaran jenis Heron.

Urraco juga dilengkapi suspensi MacPherson di depan dan belakang yang merupakan sebuah inovasi baharu pada era tersebut.

4. Bob Wallace

Bob Wallace Estate, CC BY 1.0 <https://creativecommons.org/licenses/by/1.0>, via Wikimedia Commons
Kredit: Bob Wallace Estate, CC BY 1.0 <https://creativecommons.org/licenses/by/1.0>, via Wikimedia Commons

 

Individu yang lahir pada tahun 1938 di New Zealand ini adalah seorang lagi tokoh terkenal Lamborghini.

Beliau berkhidmat sebagai ketua pemandu uji dari tahun 1963 hingga 1975 dan individu yang membangunkan kesemua model Lamborghini sehingga Countach.

Bob Wallace adalah pencipta kepada sistem kerja dan pengujian yang menjadi asas kepada jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Lamborghini.

Beliau seorang yang sangat meminati dunia perlumbaan dan ada satu perjanjian dengan Ferruccio Lamborghini.

Beliau berjanji untuk menghasilkan komponen dan juga solusi baharu menggunakan perkakasan terpakai pada masa lapang.

Ciptaan beliau kemudian diuji pada kereta eksperimental dan dari situ terhasilnya spesis unik dan rare Miura Jota, Jarama Bob dan Urraco Rallye.

Hasil produktivi masa lapang tersebut juga pencetus kepada evolusi pantas kereta produksi Lamborghini dan mengangkatnya ke peringkat antarabangsa.

5. Franco Scaglione

Franco Scaglione adalah tokoh reka bentuk hebat. Beliau lahir pada tahun 1916 di Florence, Itali dan sebuah bandar yang banyak mengajarnya menghargai seni dan membesar pada era Futurist.

Selepas tamat belajar dalam bidang kejuruteraan aeronautikal, beliau menyambung minatnya dalam bidang reka bentuk dan menjadi pereka fesyen dan kemudian sebagai pereka kereta.

Satu latar belakang dan resumé yang cukup menarik.

Pada tahun 1963, di bawah permintaan terus dari Lamborghini beliau mereka bentuk 350 GTV.

Model prototaip ini hadir dengan bentuk elegan dan objek pengenalan Lamborghini buat industri dan penguna.

6. Giulio Alfieri

Giulio Alfieri

 

Giulio Alfieri adalah seorang jurutera dan dilahirkan pada tahun 1924 dan memainkan peranan penting dalam pembuatan gentian karbon kenderaan Lamborghini.

Beliau seorang graduan dari Polytechnic University of Milan dan baru menamatkan pengajian selepas Perang Dunia Kedua.

Beliau mula berkhidmat bersama Lamborghini pada 1975 dan dilantik sebagai Pengarah Urusan pada tahun 1982.

Beliau bertanggungjawab membangunkan Countach Evoluzione, sebuah model prototaip dengan badan kereta yang hampir sepenuhnya diperbuat daripada gentian karbon.

Model itu 500 kg lebih ringan berbanding Countach dan mampu memecut sehingga 330 km/j.

Hasil penyelidikan tersebut dizahirkan pada model Countach 25th Anniversary tahun 1988 dan Diablo yang diperkenalkan pada tahun 1980.

Sehingga kini, teknologi gentian karbon adalah satu daripada mahkota berharga buat Lamborghini dan syarikat itu sangat mahir menggunakannya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Informasi
  Perlu juga diketahui bahawa Ferruccio Lamborghini sepanjang hayatnya mempunyai beberapa…