Ferrari SF90 Stradale Spider - kuda Itali PHEV 1,000 PS tanpa bumbung

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu acara yang dianjurkan dalam talian, pengeluar supercar Itali Ferrari telah melancarkan secara rasmi varian droptop kepada model SF90 Stradale, dan model plug-in hybrid pertama yang didatangkan dalam versi spider.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ferrari SF90 Stradale Spider membawakan trenkuasa yang sama didapati pada model SF90 Stradale, dengan output 968 kuasa kuda (1,000 PS) dan daya kilas 900 Nm.

 


Kuasa tersebut hadir daripada enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar (769 hp) dan bantuan tiga motor elektrik yang menambah 217 hp, sekaligus menjadikan SF90 Stradale Spider memiliki sistem pacuan semua roda AWD.

Kuasa pecutan adalah serupa, 2.5 saat dari 0-100 km/j, 7 saat (0-200 km/j) sebelum mencapai kelajuan tertinggi 340 km/j.

Disebabkan keinginan untuk membuang bumbung, Ferrari terpaksa melakukan pengukuhan casis dan penambahan mekanisme bumbung boleh lipat yang menyebabkan SF90 Stradale Spider memiliki kelebihan berat 100 kg (1,670 kg).

 


Namun, mekanisme bumbung aluminium boleh lipat ini hanyalah mengambil kira-kira 100 liter ruang, dan 40 kg lebih ringan berbanding sistem bumbung boleh lipat standard, di mana operasinya mengambil masa kira-kira 14 saat untuk siap sepenuhnya.

Sementara ruang dalaman masih kekal dengan penggunaan skrin tunggal 16 inci berdefinisi tinggi dengan rekaan melengkung, serta ciri paparan head-up dan kawalan sensitif sentuhan yang terdapat pada roda stereng.

 


Sama seperti model SF90 Stradale, model Spider ini juga turut didatangkan dengan pakej Assetto Fiorano terdiri daripada penyerap hentak Multimatic, pengurangan berat 21 kg terima kasih kepada penggunaan bahan gentian karbon dan titanium, spoiler belakang gentian karbon dan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.

Tidak dilupakan, kemasan layangan warna dua tona boleh dipilih bagi mengakhiri perubahan yang didatangkan pada pakej Assetto Fiorano itu tadi.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Secara asasnya, Ferrari 296 GTS membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan model 296 GTB, di…
Berita Global
Lupakan seketika SUV Ferrari, kembali ke Ferrari 296 GTS. Seperti yang anda jangkakan, ia…
Model Terbaharu
Daripada enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar itu, McLaren 765LT Spider berupaya…