McLaren 765LT Spider 2022 - 754 hp, 800 Nm, 0-96 dalam 2.7 saat, 765 unit sahaja.

oleh Mohamad Hanif|
McLaren baru-baru ini melancarkan secara rasmi supercar convertible yang paling berkuasa dan paling aerodinamik pernah dihasilkan, iaitu McLaren 765LT Spider.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Daripada enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar itu, McLaren 765LT Spider berupaya menghasilkan kuasa setinggi 754 hp dan daya kilas 800 Nm yang membolehkan pecutan 0-96 km/j diselesaikan dalam masa 2.7 saat sahaja, atau 0-200 km/j dalam masa 7.2 saat.

Disebabkan unit enjin dan transmisi telah dioptimasikan untuk kelancaran pecutan, model Long Tail baharu ini menawarkan pecutan 15 peratus lebih pantas berbanding 720S.

 


Kekukuhan casis merupakan perkara utama yang diberikan tumpuan, di mana McLaren menggunakan bahan daripada gentian karbon, sistem ekzos titanium, bahan buatan transmisi gred F1, serta kaca yang lebih tipis.

Binaan hardtop retractable juga diperbuat daripada bahan gentian karbon, dan boleh dioperasikan dalam tempoh 11 saat, sementara pakej aerodinamik juga turut didatangkan dalam bahan yang serupa bagi menawarkan 25 peratus lebih daya turun berbanding model 720S Spider.

Secara keseluruhannya, 765LT Spider memiliki kelebihan berat sebanyak 49 kg sahaja berbanding model Coupe.

 


Namun jika dibandingkan dengan model 720S, McLaren 765LT Spider adalah jauh lebih ringan 80 kg (1,388 kg) yang menyumbang kepada nisbah kuasa-kepada-berat 589 hp per tan, terbaik di dalam kelasnya.

Aspek pengendalian dibantu dengan dinamik casis yang dipertingkatkan seperti spring, peredam hentakan, serta program Proactive Chassis Control II yang unik.

Dari segi luaran, McLaren 765LT Spider dipasangkan dengan rim aloi tempa 10 jejari yang dibaluti tayar Pirelli P Zero Trofeo R.

 


Manakala ruang kabin pula menampilkan tempat duduk daripada gentian karbon, terowong tengah gentian karbon, lantai karbon terdedah, serta upholsteri Alcantara.

Disebabkan obsesi McLaren yang mahu menjimatkan berat sebanyak mungkin, McLaren 765LT Spider ini tidak didatangkan dengan radio atau sistem pendingin hawa!

Skrin infotainmen bersaiz 8 inci itu membolehkan anda mengakses maklumat penting supercar ini seperti masa pusingan dan juga sistem telemetri.

 


McLaren 765LT Spider akan dijual sebanyak 765 unit sahaja, dengan harga jualan $25,000 (RM105,750) lebih mahal berbanding model coupe ($382,500).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua supercar itu dikesan menggunakan parkir di stesen Runaway Bay, Gold Coast pada 28 Mei,…
Berita Global
Dari segi spesifikasi, ia datang dengan nadi 4.0 liter bentangan V8 dengan bantuan turbo berkembar…
Pelancaran
Dibangunkan daripada model asas McLaren 720S, McLaren 765LT telah diberikan penambahbaikan dari…