Fang Cheng Bao Leopard 5 - SUV off-road BYD, trenkuasa PHEV, 670 hp, 760 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Portfolio produk di bawah naungan jenama BYD kini bertambah besar dengan kehadiran sub-jenama baharu yang digelar sebagai Fang Cheng Bao.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Fang Cheng Bao merupakan jenama yang dihasilkan khusus untuk produk-produk SUV, dan diposisikan antara jenama Denza dan YangWang yang lebih bertaraf premium.

Model pertama Fang Cheng Bao dinamakan sebagai Leopard 5, di mana ia diperlihatkan buat kali pertama dalam satu acara di China mendahului debut rasmi di Chengdu Auto Show pada 25 Ogos nanti.

Dari segi luaran, Leopard 5 membawakan binaan badan ladder-frame, rekaan fender yang berkotak, tayar simpanan yang digantung di belakang, serta penggayaan yang diilhamkan daripada model pesaing (Land Rover Defender, Toyota Land Cruiser).
 

BYD


Keempat-empat sudut didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci dengan balutan tayar BFGoodrich A/T, atau rim 20 inci dengan balutan getah Michelin Pilot Sport.

Leopard 5 membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,890 mm, lebar 1,970 mm, tinggi 1,920 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,800 mm, sedikit kecil berbanding Land Cruiser Prado baharu.

Seperti yang disebutkan, Leopard 5 merupakan SUV off-road dengan kerangka ladder-frame yang dimuatkan dengan sistem trenkuasa plug-in hybrid DMO (Dual Mode Off-Road) yang terdiri daripada enjin 1.5 liter dan dua motor elektrik.
 

BYD


Secara keseluruhan, Leopard 5 mampu menjana kuasa setinggi 670 hp dan 760 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan empat roda 4WD dan tiga kekunci pembeza.

Pek bateri Blade BYD berkapasiti 30 kWh pula membenarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 125 km, dan jarak gerak kombinasi sejauh 1,200 km untuk setangki minyak sebesar 80 liter penuh.

Untuk model varian tertinggi, Leopard 5 dilengkapi dengan teknologi casis Cloud-P yang turut menampilkan sistem suspensi hidraulik dengan ketinggian boleh laras yang dipinjamkan daripada model YangWang U8.
 

BYD


Menurut laporan, BYD akan mula menjual model-model SUV Fang Cheng Bao di China dengan lebih 100 buah pusat pameran di 60 buah bandar, selain terdapat perancangan untuk mengeksport model tersebut ke pasaran luar negara.

Harga jualan dijangka bermula dari 400,000 yuan (RM254,341) hingga 600,000 yuan (RM381,512), menjadikannya model BYD yang agak mahal, namun tidak semahal model-model YangWang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…