Fakta Rawak: 7 Semangat Waku Doki Toyota Corolla Apex Edition

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla Apex Edition
Toyota Corolla Apex Edition
Satu perkara yang semakin menonjol di dalam kenderaan buatan Toyota ialah keseronokan pemanduan. Individu penting di dalam transformasi tersebut ialah Presiden Toyota Motor Corporation sendiri iaitu Akio Toyoda.

Model terbaru dengan ciri keseronokan pemanduan ialah Corolla Apex Edition pasaran Amerika Syarikat seperti yang kami paparkan sebelum ini.

Ada satu terma yang sering digunakan oleh Akio Toyoda iaitu waku doki. 

Apa pula maksudnya? Akio Toyoda sering menggunakan dua patah perkataan Jepun tersebut bagi menggambarkan semangat keterujaan yang beliau nekad untuk terapkan pada barisan produk Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Corolla Apex Edition

 

Fokus Toyota bukan hanya pada model berprestasi seperti 86 atau GR Supra tetapi turut merangkumi model harian seperti Corolla.

Toyota Corolla merupakan kenderaan rakyat atau orang kebanyakan dan ketika model baharu diperkenalkan pada 2018, ada perbezaan dari segi prestasi dan karakter pengendalian.

Ia lebih menyeronokkan dan seperti yang disebut Akio Toyoda ialah waku doki.

Berikut tujuh ciri keistimewaan pada Toyota Corolla Apex Edition 2021:

Suspensi talaan sport

Nama apex sendiri sudah menunjukkan sesuatu. Sasaran clip apex di selekoh adalah penting dalam pemanduan di litar. 

Model ini dilengkapi suspensi talaan sport yang merendahkan badan kereta, palang penstabil dan roda aloi 18 yang ringan.

Toyota turut menawarkan tayar khas untuk lebih cengkaman dan pakej tersebut memperbaiki kawalan badan kereta dan lebih stabil ketika melalui selekoh.

Kit badan rasmi

 

Toyota Corolla Apex Edition

 

Satu ciri yang menyerlahkan Corolla Apex Edition ialah kit badan. Bampar depan tampil agresif dengan bukaan yang besar dan kit badan keliling berjaya menaikkan imej sporti Corolla.

Ekzos sport

Reka bentuk luaran menarik, pengendalian dipertingkatkan dan baru padan apabila Corolla Apex Edition menggunakan ekzos sport.

Enjin 2.0 liter Dynamic Force

Nadi kuasa perlu memberi sokongan, Corolla Apex Edition mempunyai output 169 hp pada 6,000 rpm dan tork puncak 204.7 Nm pada 4,800 rpm. 

Teknologi lain ialah suntikan bahan api D4-S, pembakaran kelajuan tinggi, VVT-iE pada sebelah sisi kemasukan dan VVT-i pada bahagian ekzos.

Enjin ini juga mempunyai kecekapan terma maksimum pada 40 peratus dan satu dari yang tertinggi di kalangan kereta penumpang pada masa sekarang.

 

Toyota Corolla Apex Edition

 

Transmisi manual

Pilihan kotak gear yang menyeronokkan. Meskipun di luar sana, teknologi transmisi semakin canggih, transmisi manual mempunyai sensasi tersendiri.

Hanya 120 unit Corolla Apex Edition ditawarkan dengan transmisi enam kelajuan Transmisi Manual Pintar atau iMT.

Toyota Safety Sense 2.0

Seperti Corolla varian lain, Apex Edition dilengkapi komponen standard TSS 2.0. Model berprestasi juga perlukan ciri keselamatan yang bagus. 

 

Toyota Corolla Apex Edition

 

Jumlah terhad!

Toyota hanya mengeluarkan 6,000 unit terhad sahaja untuk pasaran sebesar AS dan lebih rare apabila 120 unit Corolla Apex Edition sahaja menggunakan enam kelajuan iMT.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Toyota

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan sebanyak 6,000 unit sahaja, Toyota Corolla Apex Edition ini membawakan kemaskini luaran…