Toyota Corolla Apex Edition 2021 - 169 hp/205 Nm, 6,000 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota telah melancarkan model edisi terhad Corolla Sedan 2021 dengan pakej penggayaan yang dinamakan sebagai Apex Edition.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dihadkan sebanyak 6,000 unit sahaja, Toyota Corolla Apex Edition ini membawakan kemaskini luaran yang lebih agresif, aspek pengendalian yang lebih jitu dan menurut Toyota, "memaksimumkan kekuatan casis TNGA".
 


Pakej Apex Edition ini merangkumi sistem ekzos jenis catback dengan paip keluli bersaiz 3.5 inci dan suspensi yang telah ditala semula untuk pemanduan di litar. 

Sistem suspensi itu tadi menampilkan spring gegelung yang unik yang merendahkan ketinggian kereta sebanyak 0.6 inci dan dalam masa yang sama mengurangkan kadar olengan - memberikan respon stereng serta pemanduan di selekoh yang lebih menyeronokkan. 

Secara keseluruhan, dengan talaan terhadap sistem gantungan itu tadi, serta penambahan bar pengimbang, Corolla Apex Edition kini memiliki kadar ketegaran olengan sebanyak 47 peratus di hadapan, dan 33 peratus di belakang. 
 


Keempat-empat sudut dihiasi dengan rim aluminium bersaiz 18 inci yang direka supaya menyalurkan udara bagi menyejukkan sistem brek, dan dalam masa yang sama lebih ringan. 

Dari segi kuasa, Toyota Corolla Apex Edition 2021 dikuasakan oleh enjin Dynamic Force 2.0 liter yang mampu menjana 169 kuasa kuda dan 205 Nm, sistem transmisi Dynamic Shift CVT atau transmisi manual enam kelajuan iMT yang dihadkan sebanyak 120 unit sahaja. 
 


Bahagian luaran Corolla Apex Edition ini menerima pakej kit badan dengan elemen warna gangsa, spoiler hadapan, pelindung lampu kabus, skirt sisi dan diffuser belakang, manakala spoiler trunk belakang ditawarkan sebagai opsyen. 

Toyota hanya menawarkan tiga warna sahaja, iaitu Cement dengan bumbung hitam Black Sand Pearl, Super White dengan bumbung hitam, serta warna Black Sand Pearl. 

Ruang kabin pula dihiasi dengan upholsteri fabrik premium, manakala varian XSE Apex Edition pula hadir dengan tempat duduk dan pemanas terbina dalam, sistem memori dengan sokongan tulang belakang, serta upholsteri fabrik SofTex berwarna hitam. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…