Fakta-fakta terkini isu penipuan crash test oleh Daihatsu

oleh HEZERI SAMSURI|
Careta baru menerima berita terkini berkaitan isu penipuan ujian perlanggaran yang dilakukan oleh Daihatsu Jepun dan membabitkan dua model kenderaan yang dijual di Malaysia.
AION MREC Banner Campaign May 2024

- Ujian yang dilakukan di Jepun itu ialah ujian pengawalan (regulation test) untuk melepasi standard piawaian UN R95. 

- Kelulusan ujian pengawalan homologasi itu perlu untuk membolehkan kenderaan dijual di negara-negara yang mengamalkan piawaian tersebut, contohnya Jepun dan Malaysia.

- Ujian itu tidak ada kena mengena dengan ASEAN NCAP atau mana-mana ujian NCAP. Tidak seperti ujian pengawalan, kelulusan ujian pelanggaran Asean NCAP tidak perlu untuk membolehkan kenderaan dijual di dalam pasaran. Asean NCAP dan organisasi NCAP bukanlah agensi kerajaan.

- Untuk pasaran Malaysia, ujian pengawalan UN R95 boleh dilakukan di mana sahaja tetapi perlu dipersetujui oleh JPJ, yang diberi mandat oleh kerajaan untuk menjaga bahagian ini.

- Penipuan membabitkan satu komponen kecil di bahagian pintu dua kenderaan tersebut di mana modifikasi dilakukan untuk lulus ujian pengawalan itu. 

 

Kawasan yang disyaki bermasalah.

 

- Penipuan itu tidak membabitkan kekuatan struktur kenderaan, tetapi lebih kepada risiko panel yang mungkin patah dengan bucu tajam dan mengenai penumpang.

- Ujian yang terbabit dalam isu ini dilakukan di premis Daihatsu Jepun dan disaksikan oleh pegawai-pegawai teknikal.

- Pegawai-pegawai itu dan pihak pengurusan tertinggi Daihatsu tidak tahu komponen dalaman itu sudah "diubah" untuk ujian tersebut.

- Tukang adu (whistle blower) dari dalam syarikat Daihatsu sendiri yang membuka pekung tersebut kepada pengurusan tertinggi dan Daihatsu mengambil langkah untuk tidak menyorokkan masalah itu dan membuat pengumuman terbuka.

- Thailand pula mengambil keputusan untuk memberhentikan jualan Vios 2023 kerana model itu menerima insentif program Eco Car dan ia memerlukan kelulusan homologasi UN R95. Kerajaan Thailand menghentikan penjualan Vios untuk sementara waktu untuk mengkaji isu tersebut.

 

Perodua Axia terkini.

 

Menurut sumber Careta, isu penipuan bukan satu perkara baharu dan pelbagai cara dilakukan untuk memastikan syarikat kenderaan berlaku jujur.

"Dalam kes ini, kita patut beri pujian kepada Daihatsu yang mengaku kesilapan mereka dan memberi kerjasama untuk menyelesaikannya.

Yang patut dirisaukan ialah syarikat yang tahu ada penipuan dilakukan tetapi tidak mahu mengaku dan tampil ke hadapan," ujarnya.

Careta akan memberikan laporan lengkap selepas laporan rasmi dikeluarkan  oleh pihak yang berkaitan.

Careta juga mendengar perkhabaran tidak rasmi bahawa Asean NCAP telah mengambil inisiatif untuk membuat ujian pelanggaran sekali lagi bagi model Perodua Axia 2023.

Keputusan ujian terkini ini bakal diumumkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan sendiri.

Untuk melihat video apakah fungsi Asean NCAP dan juga fasiliti ujian pelanggaran mereka di Melaka, layari saluran YouTube Careta TV di bawah:

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
    Pertengahan 80-an, ia diganti dengan model KP70 pula, di mana perubahan yang sangat ketara…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…