Alfa Romeo juga mengesahkan berita itu dan berkata Kimi tidak menunjukkkan sebarang simptom dan berada dalam keadaan semangat yang tinggi.
"Kimi akan dikuarantinkan di dalam biliknya di hotel dan siasatan kontak rapat sedang dilakukan oleh pasukan kami," ujar Alfa Romeo.
Tempat beliau akan diambil oleh Robert Kubica, pemandu simpanan Alfa Romeo. Ini ialah kali pertama Kubica berlumba sejak meninggalkan pasukan Williams dalam tahun 2019.
Kubica pernah merangkul tempat pertama selama berlumba di dalam siri MotoGP dari 2006 hingga 2010, sebelum mengalami kecederaan serius ketika memandu kereta rali.
Beliau kembali ke F1 dengan Williams dalam tahun 2019 dan pernah memandu jentera lumba C41 milik Alfa Romeo tahun ini kerana terbabit dalam sesi-sesi ujian.
Kubica diberi masa sejam untuk membiasakan diri dengan jentera itu di Zandvoort sebelum melakukan ujian masa.