F1 2021: Jentera baharu Mercedes-AMG F1 W12 E Performance diperlihatkan secara rasmi!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team memulakan kempen MotoGP untuk musim 2021, pasukan Formula 1 Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team juga secara rasmi memulakan kempen yang sama hari ini dengan memperkenalkan jentera baharu.

Jentera Mercedes-AMG F1 W12 E Performance ini merupakan jentera pertama yang menggunakan kod designasi 'E PERFORMANCE' - teknologi baharu yang bakal digunakan pada kereta-kereta hibrid Mercedes-AMG akan datang.

 


Berbanding dengan liveri 2020 pada jentera W11, jentera F1 W12 ini didatangkan dengan rekaan liveri yang menggunakan warna hitam sebagai asas, diselangi dengan warna hijau ikonik PETRONAS pada sayap hadapan, sayap belakang, cermin sisi dan halo.

Ia merupakan satu simbol yang menggambarkan kerjasama lebih daripada sedekad antara Mercedes dan PETRONAS.

 


Musim perlumbaan 2021 juga merupakan satu permulaan baharu buat pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 yang berjaya menarik INEOS sebagai Rakan Utama.

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada penghujung tahun lalu, INEOS telah diumumkan sebagai pemegang satu pertiga saham di dalam pasukan tersebut, diikuti oleh Daimler dan Toto Wolff.

Formula One 2021 juga menandakan tahun kelima persahabatan Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas selaku rakan sepasukan di dalam Mercedes-AMG PETRONAS F1.

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Menurut laporan, langkah yang dibuat pasukan Ferrari itu bagi mengembalikan semula status mereka…
Berita Domestik
Bertemakan ‘Success on the Fast Lane’, acara itu sebahagian daripada usaha PETRONAS Lubricants…
Sukan Bermotor
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dalam satu kenyataan menjelaskan, "Mick merupakan seorang…