Excalibur Spider Flyback Chronograph - paduan Roger Dubuis dan Lamborghini

oleh HEZERI SAMSURI|
Roger Dubuis, pembuat jam premium yang cukup terkenal dengan rekabentuk jam berteraskan ciri-ciri kereta supercar, kini melancarkan edisi ketiga untuk siri Flyback Chronograph dengan warna istimewa.

Warna hijau bertenaga yang diberi nama Verde Mantis ialah warna yang digunakan oleh Lamborghini Squadra Corse, pasukan yang bertanding dalam siri perlumbaan Le Mans Daytona Hybrid.

Chronograph ini menerima tauliah dari Poinçon de Genève dan juga Bureaux Suisses de Contrôle Officiel de la Marche des Chronomètres, dua badan penting untuk menjamin kualiti tertinggi dalam dunia jam premium.

Movement atau mekanisme RD780 diguna pakai oleh Roger Dubuis untuk jam ini, di mana ia menggabungkan ciri-ciri modern dan dua inovasi penting dalam bentuk 120°
Rotating Minute Counter serta Second Braking System (SBS).

 

 

Ciri-ciri lain yang ada pada jam ini antaranya ialah:

  • Fungsi Flyback di mana pemasa boleh di reset semula sementara chronograph sedang berfungsi
  • Klac menegak (vertical clutch) yang memberikan waktu yang lebih tepat dan paling penting, direka supaya mempunyai bentuk yang hampir seperti transmisi sebuah supercar.
  • Second Braking System (SBS) ialah sistem yang memperlahankan jarum saat agar pergerakannya lebih lancar dan tidak "menggigil".
  • Bekalan tenaga selama 72 jam

Cuma 88 unit sahaja dihasilkan untuk seluruh dunia dan selain dari meraikan ulangtahun ke 10 pasukan Lamborghini bertanding dalam siri perlumbaan Le Mans Daytona Hybrid itu, ia juga adalah satu kerja seni yang hanya layak dipakai oleh mereka yang benar-benar mengkagumi seni pembuatan jam tangan.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jentera yang garang itu memerlukan sesuatu untuk digandingkan, dan pengeluar jam Swiss Roger Dubuis…