Roger Dubuis lancar jam tangan Excalibur untuk pemilik Huracan STO

oleh Mohamad Hanif|
Dengan harga bermula dari $327,838 (RM1.34 juta), Huracan STO bukan sahaja Huracan yang paling mahal, bahkan ia lebih menarik perhatian umum dengan skema warna terang kontras yang ditawarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera yang garang itu memerlukan sesuatu untuk digandingkan, dan pengeluar jam Swiss Roger Dubuis ada menghasilkan sebuah jam tangan khusus yang diinspirasikan daripada Huracan STO.

Memperkenalkan Excalibur Spider Huracan STO.

 


Selain daripada penggunaan warna Blue Laufey dan California Orange, jam tangan Excalibur dengan pergerakan automatik RD630 ini turut menampilkan motif sarang lebah yang 'diikat' dengan rekaan strut-bar yang biasa dilihat pada ruang enjin V10 Huracan.

Casis jam ini diperbuat daripada gentian karbon, dengan inlay daripada getah dan bezel titanium hitam DLC.

 


Rekaan caseback pula diinspirasikan daripada roda aloi Lamborghini Huracan, akan tetapi tidak menggunaan rekaan yang sama pada jentera Huracan STO.

Hanya 88 unit sahaja Roger Dubuis Excalibur Spider Huracan STO akan diproduksikan, dengan harga jualan bermula dari $56,500, atau RM229,390.

 


Jika anda rasa harganya terlalu mahal, anda bukanlah sasaran pembeli jam tangan edisi terhad ini.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…