EV Volvo bebas kulit haiwan menjelang 2030, C40 Recharge model perintis

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars mengambil pendekatan beretika dengan menawarkan kenderaan elektrik yang bebas daripada penggunaan bahan kulit haiwan, bermula dari model C40 Recharge.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini adalah selari dengan sasaran pengeluar tersebut untuk melancarkan barisan kenderaan elektrik di mana kesemuanya dibina daripada bahan bebas haiwan menjelang tahun 2030.

Malah, pada tahun 2025, Volvo mensasarkan 25 peratus daripada penggunaan bahan dalam kereta Volvo baharu terdiri daripada bahan kitar semula dan berasaskan bio, selain mahukan semua pembekalnya mencapai 100 peratus penggunaan tenaga menjelang tahun yang sama.

Sebagai ganti kepada penggunaan kulit, Volvo Cars akan menawarkan alternatif kepada pelanggannya, seperti Nordico yang diperbuat daripada gandingan bahan kitar semula seperti botol PET, sumber daripada hutan lestari Sweden dan Findland, serta gabus yang dikitar semula daripada industri pembuatan minuman keras.

Bahan baharu Nordico ini dikatakan mampu menetapkan standard yang tersendiri dalam rekaan ruang kabin yang premium dan bakal membuat kemunculan pada semua kenderaan generasi baharu Volvo pada masa akan datang.
 

Volvo


Peralihan kepada ruang dalaman bebas kulit ini didorong oleh keprihatinan mengenai impak negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh penternakan haiwan, serta penebangan hutan.

Selain daripada itu, Volvo Cars juga mahu mengurangkan penggunaan bahan buangan daripada ternakan haiwan yang biasa digunakan dalam pembuatan plastik, getah, pelekat, atau digunakan sebagai sebahagian daripada proses kimia dalam pembuatan atau rawatan bahan tersebut.

Menurut Stuart Templar, pengarah kelestarian global Volvo Cars menjelaskan, "menjadi sebuah pengeluar kenderaan yang progresif bukan sekadar menumpukan perhatian kepada emisi CO2 semata-mata. Mencari sumber yang bertanggungjawab juga salah satu perkara penting termasuk memelihara kesejahteraan haiwan."

"Untuk mencari produk dan bahan yang mementingkan kesejahteraan haiwan adalah perkara yang mencabar, namun ia bukanlah alasan untuk mengelakkan isu penting ini.
 

Volvo


"Ia satu perjalanan yang sangat berharga. Dengan memiliki pemikiran yang progresif dan lestari bermakna kita harus bertanyakan kepada diri sendiri soalan yang mencabar dan cuba untuk mencari jawapannya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…