EV lebih berat - hasilkan pencemaran debu tayar 30% lebih banyak

oleh HEZERI SAMSURI|
Tayar yang digunakan oleh kenderaan elektrik (EV) yang lebih berat akan menghasilkan bahan zarahan atau PM (particulate material) 30 peratus lebih banyak dari kenderaan berenjin (ICE).

Menurut artikel dari Nikkei Asia, tayar-tayar EV menghasilkan 30 peratus lebih PM 10 (zarah dengan diameter 10 mikron atau kurang) dari tayar-tayar yang digunakan oleh ICE.

Tayar EV juga menghasilkan 30 peratus lebih PM 2.5, zarahan yang lebih halus dan akan menyebabkan risiko kesihatan yang tinggi kerana boleh disedut masuk ke dalam paru-paru.

Kajian itu dilakukan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), sebuah organisasi yang diasaskan sejak tahun 1961 dengan 38 negara anggota dan beribu pejabat di Paris.

Akiyoshi Ito, penyelidik kanan dari JARI (Japan Automobile Research Institute) berkata usaha perlu difokuskan sekarang untuk mengurangkan penghasilan debu atau zarah-zarah halus ini dari komponen seperti tayar dan sistem brek.

Kenderaan ICE yang berat juga akan menjadi punca kepada masalah ini dan jualan kenderaan dengan kapasiti enjin yang lebih besar dilihat sedang meningkat.

Di Jepun contohnya, jualan kenderaan ICE dengan kapasiti lebih dari 2,000cc juga meningkat kepada 44 peratus kenderaan yang dijual di pasaran Jepun untuk tahun 2023.

Itu adalah peningkatan kepada 26 peratus sejak tahun 2003.

Kawalan alam sekitar kepada tayar juga akan menambahkan lagi kos penghasilan tayar dan ini pastinya akan membebankan pengguna-pengguna di negara-negara dunia ketiga dan negara-negara membangun seperti Malaysia.

Artikel penuh di Nikkei Asia.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan Turkiye selari dengan kebanyakan negara-negara lain yang melihat kebangkitan EV murah dari…
Berita Global
Menurut laporan itu, sejumlah penyedia perkhidmatan sumber manusia mengupah pekerja kilang untuk…
Berita Global
Puluhan pelawat ke Carbon Neutrality Expo mengerumun ke booth Tesla untuk melihat trak Cybertruck…