EV ada masalah besar, dan ia bukan lagi masalah kebimbangan jarak

oleh Mohamad Hanif|
sumber: MotorBiscuits
Masalah kebimbangan jarak kini bukan lagi satu perkara yang besar di dalam pemilikan kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boleh dikatakan sudah banyak kemudahan pengecasan yang telah disediakan di beberapa lokasi utama bagi memudahkan para pemilik EV menjalankan urusan harian.
 

i4


Namun, apa yang perlu anda bimbangkan ialah masa depan kereta elektrik itu sendiri, terutama apabila berdepan dengan situasi yang tidak diingini, seperti kemalangan.

Berdasarkan laporan Reuters beberapa bulan yang lalu, ada peningkatan trend di mana sesetengah EV yang rosak kecil akibat kemalangan dikategorikan sebagai 'total loss' oleh beberapa syarikat insurans disebabkan kos pembaikan yang terlalu tinggi.

Keadaan ini menjadikan sesebuah kereta elektrik yang sudah total loss tidak lagi boleh digunakan di atas jalan raya, walaupun pada asasnya hanya memerlukan penukaran bateri baharu.

Untuk makluman, pek bateri kebiasaannya menelan belanja puluhan ribu dollar dan merangkumi 50 peratus daripada jumlah harga bergantung kepada model dan pembuatan.

 

sumber: Laserax


Sekiranya kos pembaikan bateri melebihi nilai semasa sesebuah EV - terutama EV yang sudah berusia - syarikat insurans lebih cenderung untuk mempertimbangkan kereta tersebut sebagai total loss dan enggan membayar kos pembaikan.

Matthew Avery, pengarah penyelidikan Thatcham Research berkata, "kita membeli kereta elektrik atas sebab kemampanan. Namun, sesebuah EV tidak begitu lestari sekiranya anda perlu membuang bateri selepas pelanggaran kecil."

Tatkala pengeluar seperti Ford dan General Motors telah membangunkan struktur pek bateri yang mudah untuk diperbaiki, Tesla pula dilihat mengambil jalan songsang dengan mengintegrasikan sel 4860 sebagai sebahagian daripada struktur kenderaan itu sendiri, menjadikannya sukar untuk diperbaiki.

Ada pakar yang menyifatkannya sebagai 'kebolehbaikan sifar'.

 


Isu yang berbangkit ini merupakan sebahagian daripada cabaran yang diketengahkan dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik yang diketahui boleh memberikan manfaat kepada alam sekitar selain mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

Soalan yang paling penting, sudahkah anda bersedia untuk berdepan dengan situasi di atas?

Sumber: Reuters, CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…