Euro 7 bakal 'bunuh' kereta enjin pembakaran dalaman di Eropah pada tahun 2026

oleh Mohamad Hanif|
Masa hadapan enjin pembakaran dalaman kian kelam melihatkan kepada usaha kebanyakan pengeluar yang sudah mula menumpukan perhatian kepada kereta elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pelaksanaan peraturan pelepasan emisi terbaharu Euro 7 yang dijadualkan bermula pada 2025 itu dilihat bakal mempercepatkan lagi kepupusan enjin pembakaran dalaman berdasarkan kertas cadangan yang diajukan oleh Consortium for Ultra Low Vehicle Emissions (CLOVE).

Menurut European Automobile Manufacturers Association (ACEA), "kami percaya senario yang dibentangkan oleh Clove beserta dengan cadangan kondisi ujian pelepasan emisi yang baharu itu menyamai larangan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman, termasuklah kenderaan hibrid elektrik.

 


Laporan daripada Autocar menyebut, cadangan Euro 7 itu memaksa kereta-kereta baharu berenjin pembakaran dalaman dilengkapi dengan pelbagai jenis pemangkin seperti pemangkin elektrik yang dipanaskan, dua pemangkin tiga-arah konvensional 1.0 liter, penapis zarah 2.0 liter, dan pemangkin slip amonia.

Selain daripada itu, kenderaan baharu juga dicadangkan untuk dipasang dengan sistem diagnostik on-board yang mampu memantau dan memastikan ia tetap mematuhi kadar pelepasan emisi untuk jarak sejauh 241,402 km.

Menurut ACEA, cadangan ini dilihat hampir mustahil untuk dilaksanakan terutama pada kenderaan kecil, selain sukar untuk diintegrasikan pada senibina kenderaan masa kini.

Selain daripada itu, sistem yang kompleks ini juga dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan harga kenderaan konvensional pada masa akan datang.

 


"Penyelesaian teknikal yang direka untuk mematuhi had nilai rendah NOx, NO2 dan NH3 (ammonia) adalah terlalu mahal, dan terlalu rumit," tambah ACEA lagi.

"Ia juga mempunyai ketidaktentuan dari segi ketahanan, serta secara langsung menyumbang kepada pertambahan kos operasi sepanjang hayat kenderaan."

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Nikkei Asian Review, pemilik jenama tiga berlian itu kini…