Mitsubishi hentikan pembangunan enjin diesel

oleh Mohamad Hanif|
Mengikuti jejak langkah pengeluar lain seperti Toyota, Honda dan Nissan, Mitsubishi dilaporkan akan menghentikan pembangunan enjin diesel generasi baharu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Nikkei Asian Review, pemilik jenama tiga berlian itu kini tidak lagi berniat untuk membangunkan trenkuasa diesel baharu dan akan menghentikan penawaran model-model diesel secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021. 

Enjin diesel sedia ada hanya akan dikhususkan kepada model trak ringan dan beberapa SUV yang ditawarkan di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, serta MPV Delica D:5 yang ditawarkan di pasaran Jepun.

Tambah laporan itu lagi, Mitsubishi Motors juga turut menjangkakan peratusan kenderaan diesel yang dihasilkan akan menurun sehingga kurang dari 20 peratus dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang. 

Antara faktor utama yang menyebabkan Mitsubishi terpaksa mengambil langkah tersebut adalah disebabkan peraturan emisi yang semakin ketat, terutama di Eropah yang kini bertindak tegas menjauhkan diri daripada trenkuasa diesel. 

Sumber: Nikkei Asian Review
Sumber gambar: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun lepas, Parlimen di Eropah telah meluluskan undang-undang baharu berkaitan pelepasan emisi CO2…
Berita Domestik
Namun, Bermaz Auto Alliance baru-baru ini cuba memecahkan tradisi tersebut dengan memperlihatkan…
Berita Global
Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan…