Eropah cadang henti penjualan kereta berenjin pembakaran dalaman tahun 2035

oleh Mohamad Hanif|
Fasa peralihan elektrifikasi di Eropah bakal menyaksikan cadangan untuk menghentikan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman di pasaran tersebut menjelang tahun 2035.

Berdasarkan dokumen Kesatuan Eropah yang diperoleh Bloomberg News, mereka mencadangkan untuk mengurangkan pelepasan emisi dari kereta dan van baharu sebanyak 65 peratus bermula 2030 dan 100 peratus bermula tahun 2035.

Tambah laporan Bloomberg lagi, pakej tersebut akan dibentangkan secara rasmi pada 14 Julai ini, dan ia akan turut merangkumi perancangan untuk meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui kepada 40 peratus berbanding kadar 32 peratus sedia ada menjelang akhir dekad ini.

Selain daripada itu, demi menyokong peralihan kepada kenderaan elektrik, undang-undang terhadap bahan api alternatif memerlukan setiap negeri memastikan terdapat pusat pengecasan dibangunkan pada setiap 60 km pada lebuh raya utama, sementara pusat pengisian bahan api hidrogen pula perlu tersedia dengan selang jarak maksimum 150 km.

Sebagai makluman, Eropah berazam untuk menjadi benua pertama dalam dunia yang mencapai kadar emisi sifar menjelang 2050, dan disebabkan itu mereka perlu merombak kembali setiap aspek ekonomi, di mana cabaran terbesar pada ketika ini adalah untuk mengurangkan emisi rumah hijau didalam sektor pengangkutan dan industri.

Sumber: Bloomberg melalui Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Ciri ini dijangka akan diperluaskan penggunaannya kepada penunggang motosikal di mana Kesatuan…
Berita Global
Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata semalam rancangan yang akan beroperasi di bawah kerajaan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, perbincangan yang telah diadakan sedekad lalu antara BMW,…