EU luluskan larangan jualan kereta petrol dan diesel menjelang 2035

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Baru-baru ini Kesatuan Eropah (EU) telah mengambil satu lagi langkah ke arah dunia sifar karbon dengan larangan jualan kereta petrol dan diesel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun lepas, Parlimen di Eropah telah meluluskan undang-undang baharu berkaitan pelepasan emisi CO2 yang baharu melalui undian Suruhanjaya Eropah (EC).

Undang-undang tersebut menyatakan bahawa pengeluar kereta mesti mengurangkan pelepasan emisi CO2 untuk kereta baharu mereka menjelang tahun 2035.

Lebih tepat lagi, menjelang 2035 semua pengeluar kereta perlu mengurangkan pelepasan emisi CO2 sebanyak 55 peratus untuk kereta baharu dan sebanyak 50 peratus untuk van menjelang 2030.

Bagi syarikat yang menghasilkan antara 1,000 hingga 10,000 unit kereta setahun, mereka mempunyai tempoh sehingga tahun 2036 untuk mematuhi undang-undang tersebut.

 

2

 

Manakala syarikat yang menghasilkan kurang dari 1,000 unit kereta setahun akan dikecualikan dari pelaksanaan undang-undang baharu itu.

Undang-undang baharu itu juga akan berkuatkuasa di lebih 27 buah negara Kesatuan Eropah (EU).

Walaubagaimanapun, undang-undang baharu itu tidak menyatakan tentang larangan terhadap enjin pembakaran dalaman (ICE), jadi ianya dapat memberi peluang kepada penggunaan bahan api sintetik dan hidrogen.

Selain ke arah EV semata-mata, antara pengeluar yang giat mengkaji penggunaan bahan api alternatif ialah Porsche dengan bahan api sintetik, dan Toyota bersama eksperimen enjin ICE nya yang menggunakan bahan api hidrogen.

12 tahun ke arah undang-undang baharu itu, banyak pengeluar kereta telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan barisan model EV bagi menghadapi era tanpa bahan api petrol dan diesel.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, penggunaan teknik penyaduran krom bakal diharamkan kelak disebabkan oleh penghasilan…
Berita Global
Menurut berita Reuters, Jerman dilapor telah membentuk satu pakatan berasingan bersama-sama negara…
Berita Global
  Tahun lepas, 9.26 juta kereta penumpang didaftarkan, kurang 4.6 peratus daripada angka 2021,…