Enjin V16 2,200 hp dari Sixteen Power - enjin bot untuk kegunaan kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Enjin dengan bentangan V16 (ya, enam belas!) bukanlah satu perkara yang asing di dalam industri automotif, kerana terdapat beberapa pengeluar telah pun bereksperimentasi dengan enjin jenis ini untuk kegunaan kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, BMW telah pun menjalankan ujian enjin 9 liter bentangan V16 di dalam Rolls-Royce 100EX, namun telah pun ditukar kepada enjin V12 atas permintaan pelanggan. 

Namun, enjin V16 tersebut kemudian digunakan kembali di dalam Rolls-Royce Phantom Coupe untuk tujuan rakaman filem Johnny English Reborn. 

Mercedes-Benz juga turut sama membangunkan enjin jenis ini dengan kapasiti 8.0 liter dan kuasa 530 hp di dalam model  S800 SE / SEL V16, dimana hanya 35 unit sahaja yang dihasilkan. 

Terbaharu, sebuah syarikat yang berpengkalan di Michigan, Sixteen Power telah memperlihatkan sebuah enjin crate bentangan V16 yang boleh dipasang pada sebuah kereta. 
 

enjin lain yang ditawarkan oleh Sixteen Power


Enjin yang asalnya dibangunkan untuk kegunaan bot-bot marin telah diubahsuai seperti membuang penukar tenaga haba, header dengan sejukan cecair serta menukar pemacu hadapan untuk kegunaan di dalam sebuah kereta. 

Namun, secara asasnya, anda akan mendapat sebuah enjin berkapasiti 14 liter dengan 16 silinder yang mampu menjana 2,200 kuasa kuda secara standard. 

Atau jika ia terlalu berkuasa, anda boleh meminta versi 2,000 hp yang didatangkan dengan empat unit turbo, versi 1,600 hp dengan unit pengecas lampau, atau dalam versi aspirasi natural dengan pilihan kuasa 900, 1,200 atau 1,400 hp. 

Kesemua varian enjin serasi dengan komponen kepala silinder V8 LS standard atau aftermarket.

Namun harus diingat, harga jualan enjin gergasi ini pula bermula dari $100,000 (RM414k) untuk sebuah enjin di dalam konfigurasi marin, dan sudah pasti tidak akan menjadi lebih murah jika ia ditukar untuk kegunaan automotif.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun di dalam industri marin terutama bot-bot yang mahal, enjin aspirasi natural yang lebih besar…