Mercury perkenal enjin outboard V12 pertama di dunia untuk kegunaan bot

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam dunia automotif, antara enjin yang sedang dilanda ambang kepupusan adalah nadi bentangan V12 di mana trend semasa lebih cenderung untuk menghasilkan enjin dengan bilangan silinder yang kurang, dan dipadankan dengan bantuan hibrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun di dalam industri marin terutama bot-bot yang mahal, enjin aspirasi natural yang lebih besar masih lagi menjadi pilihan utama, seperti yang diperlihatkan oleh Lexus LY 650 yang menggunakan enjin Volvo 2,700 hp, serta Lamborghini 63 dengan dua enjin V12 masing-masing berkuasa 2,000 hp.

 


Tidak seperti kedua-dua model tadi yang menggunakan enjin inboard, enjin yang dipaparkan kali ini merupakan enjin V12 pertama di dunia yang dipasang diluar struktur bot itu sendiri, atau digelar sebagai enjin outboard.

Enjin Verado bentangan V12 bersudut 60 darjah itu memiliki kapasiti 7.6 liter aspirasi natural dan mampu menghasilkan kuasa setinggi 600 kuasa kuda di mana enjin tersebut diposisikan dengan bank silinder menghala ke atas.

 


Terdapat beberapa ciri unik yang ada pada enjin ini termasuklah sistem transmisi automatik dua kelajuan yang pertama untuk enjin outboard, serta ciri gearcase elektrohidraulik bagi mengendalikan dua unit propeller di bawah permukaan air - ciri yang mampu menjimatkan lagi ruang.

Menurut Mercury, penggunaan transmisi pertama di dalam industri itu membolehkan bot mencapai pecutan yang lebih lancar, serta membolehkan pengguna merasai penjimatan bahan api sehingga 20 peratus berbanding enjin pesaing.

 


Enjin Verado V12 ini dijual pada harga bermula dari $77,000 (RM311,273).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, BMW telah pun menjalankan ujian enjin 9 liter bentangan V16 di dalam Rolls-Royce…