Enjin Honda Civic Type R 2.0 VTEC Turbo diiktiraf dalam 2018 Wards 10 Best Engines

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nampaknya Honda Civic Type R (FK8R) bukan sahaja berjaya memenangi hati peminat dan juga pelanggan tetapi juga diperakui melalui pelbagai anugerah terkenal. Setiap tahun sejak 1994, majalah Ward's Autoworld menyiarkan senarai 10 enjin terbaik mereka atau lebih dikenali sebagai Ward's 10 Best Engines.

Anugerah ini memang terkenal dan mempunyai kredibiliti tersendiri termasuk digunakan oleh pengeluar bagi menunjukkan perakuan terhadap enjin keluaran mereka.

Untuk diambil kira ke dalam senarai ini, enjin tersebut mestilah ditawarkan dalam kenderaan produksi massa di Amerika Syarikat dengan harga jualan kenderaan tidak boleh melebihi USD 60,000 (senarai 2015).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic Type R

Para pengarang Ward akan menguji selama dua bulan dan menilai setiap enjin melalui beberapa kriteria objektif dan subjektif dalam situasi pemanduan harian tanpa penggunaan sebarang ujian instrumen dijalankan.

Pemilihan mengambil kira output kuasa dan tujahan, tahap bunyi, gegaran dan kekasaran (NVH), relevansi teknikal dan angka perbandingan asas. Setiap enjin akan dibanding di antara satu sama lain.

Untuk 2018 Wards 10 Best Engines, Honda bukan sahaja mempunyai satu malah dua enjin yang terpilih dalam sepuluh senarai tersebut.

Suatu yang menarik adalah dua segmen enjin berbeza, satu mesra alam dan satu lagi mesra litar lumba dan berprestasi tinggi. Enjin tersebut ialah 2.0 liter VTEC Turbo dari Honda Civic Type R dan nadi kuasa Honda Clarity Fuel Cell.

 

Honda Civic Type R AS

 

Pengiktirafan tersebut menunjukkan keupayaan Honda dalam bidang kejuruteraan yang memenuhi keperluan dan gaya hidup langsung berbeza di antara satu sama lain. Suatu senario yang menarik dan wajar ditonjolkan dalam jurnal kejuruteraan dan bisnes.

Honda Civic Type R dikuasakan oleh enjin 2.0 liter DOHC VTEC Turbo dengan kuasa 306 hp dan 400 Nm dari 2,500 rpm hingga 4,500 rpm.

Model ini masih lagi memegang rekod kenderaan pacuan dua roda terpantas di litar Nürbürgring dengan masa 7:43.8 saat dan Honda begitu berbangga dengan rekod tersebut yang bukan senang untuk diperolehi.

Sementara itu, inovasi teknikal pada Honda Clarity Fuel Cell pula menjadikan saiz 'kabinet kuasa' atau fuel cell stack 33 peratus lebih kompak dari versi sebelumnya dengan peningkatan jumlah kuasa (power density) sebanyak 60 peratus berbanding model Honda FCX Clarity.

 

Honda Clarity Fuel Cell

 

Fuel cell dan integrasi nadi kuasa yang lebih kompak iaitu setara dengan enjin V6 itu membolehkan ia dimuatkan ke dalam bonet kereta penumpang dengan baik dan memberikan ruang kabin selesa untuk lima penumpang. 

Honda Clarity Fuel Cell juga mempunyai jarak pemanduan bebas emisi terbaik dalam kelasnya iaitu sejauh 589 km melalui rating Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS (EPA).

Jika ditanya apakah hebatnya jenama H dari Jepun ini, ini adalah salah satu daripada jawapannya. Mereka hebat dalam bidang kejuruteraan. Jika anda menggagumi Honda sebab prestij atau jenamanya, itu bukanlah perkara utama Honda.

Mereka hebat dalam bidang ini dan sentiasa mahu meneroka lagi dan lagi. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…