Lamborghini memaklumkan rekaan enjin pembakaran dalaman (ICE) serba baharu itu datangnya dari Sant’Agata Bolognese, Itali.
Enjin itu dibangunkan bagi memberikan prestasi dan emosi pemanduan melebihi siri Huracán.
Ringkasnya, ICE dipadan bersama sistem hibrid dengan tiga motor elektrik dan kotak gear cekam berkembar lapan kelajuan yang diperkenal pada Revuelto.
Perkakasan tersebut dioptimumkan untuk model baharu dengan output maksimum melebihi 900 ps.
Enjin 4.0 liter menghasilkan 800 ps di antara 9,000 sehingga 9,750 rpm dengan ligatan maksimum 10,000 rpm dan angka yang lazimnya untuk enjin perlumbaan.
Daya kilas maksimum 730Nm di antara 4,000 sehingga 7,000 rpm dengan daya pecutan sama seperti enjin perlumbaan hasil penyatuan yang baik di antara elektrik dan ICE.
Melalui angka-angka tersebut boleh dibayangkan 'kegilaan' HPEV baharu ini nanti.
Sistem elektrik belakang dipasang di antara ICE dan kotak gear dan turut dilengkapi penyongsang (inverter) dan unit elektrik paksi (axial).
Perkakasan tersebut memiliki daya kilas maksimum 300Nm dan 110 kilowatt (kW) (150 ps) pada 3,500 rpm.
Satu lagi yang diberi perhatian ialah bunyian yang katanya dapat memberikan pengalaman luar biasa buat pemandu.
Julat kuasa dan bunyi sudah cukup memenuhi rasa ingin tahu dan menggiurkan model hibrid baharu ini nanti.
Penulis: Muhammad Md Tajudin